Tuesday, April 16, 2013

Aishah Bekas Artis Lawan Bekas MB N9, Di Jempol


 

Bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad bakal mencabar calon PAS Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin di parlimen Jempol pada pilihan raya umum 5 Mei ini. Sebelum ini Isa yang juga pengerusi Felda merupakan wakil rakyat DUN Bagan Pinang selepas menang dalam pilihan raya kecil 2009.

Manakala Aishah yang terkenal dengan lagu "Janji Manismu" pula pertama kali menyertai pilihan raya selepas menyertai parti itu. Manakala naib ketua bahagian Jelebu, Zainuddin Ismail pula menggantikan penyandang kerusi parlimen itu Datuk Seri Rais Yatim yang juga bekas menteri penerangan.

Zainuddin akan berdepan dengan ketua penerangan Dewan Muslimat PAS Aiman Athirah di kerusi tersebut.(MK)

No comments:

Post a Comment