Sunday, April 21, 2013
Akan Membawa Idea Segar -Aishah Janji Maismu
JEMPOL: Calon PAS P127 Jempol Wan Aishah Wan Ariffin optimis akan diterima rakyat di kawasan itu meskipun beliau merupakan muka baru di lapangan politik berbanding lawannya Tan Sri Isa Samad. Aishah yang sinonim dengan gelaran 'Aishah janji manismu' berkata, beliau akan membawa idea yang segar selari dengan kehendak rakyat yang mahukan perubahan.
"Memanglah dia (Tan Sri Isa Samad) orang lama dan saya orang baru (dalam politik) tapi saya rasa dalam mood yang kita ada sekarang rakyat berkehendakkan pembaharuan. Jadi tiada masalah saya orang baru," kata beliau ketika ditemui selepas selesai proses penamaan calon di Kompleks Pejabat Kerajaan, Bandar Sri Jempol semalam.
Aishah juga berkata, tindakan PAS memberikan laluan kepadanya untuk bertanding dalam pilihan raya merupakan satu pembuka jalan kepada keterbukaan dalam politik. "Ini kali pertama selepas 55 tahun memerintah baru pertama kali seorang artis diamanahkan untuk bersama-sama dalam pentadbiran. Jadi ini satu pembuka jalan.
"Sebelum ini yang ada dalam parlimen pun yang dilantik tapi belum ada yang dipilih oleh rakyat. Jadi ini satu pembaharuan bagi saya dan juga kepada rakan artis dan kepada Malaysia keseluruhannya, menunjukkan kita lebih terbuka dalam politik.
"Kalau boleh terima seorang yang lain dari lapangan politik, kenapa tidak artis," katanya.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan semua parti agar mengamalkan politik matang, bukan menggunakan politik fitnah dan lucah sewaktu berkempen.
"Kita berpolitik secara matang. Kita kena didik rakyat berpolitik secara matang. Saya lihat di luar negara begitu, jadi tak payah lagi kita guna taktik kotor, untuk provok dan menakutkan calon.
"Kalau tengok track record PAS seblum ini kita tak menggunakan taktik mengaibkan orang.
"Kita bawa manifesto kita untuk jaga kebajikan rakyat," katanya.
Mengulas mengenai cakap-cakap bahawa pengundi wanita gembira beliau dicalonkan, Aishah berkata beliau akan menggunakan peluang itu sebaik mungkin.
"Mungkin saya calon wanita jadi mereka rasa saya boleh faham masalah mereka dan saya rasa ini satu peluang yang baik," katanya.
Aishah berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Jurusan Sains Politik dari Universiti of Auckland, New Zealand. (IH)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
INSYAALLAH
Bukan ke suami di atu dah ceraikan dia thru sms?
Anon 9:21 PM...tak payah la nak korek lagi issue Wan Aishah yang lepas2...bersyukurlah kalau orang tu dah nak berubah ke arah kebaikan.
Post a Comment