Tuesday, April 02, 2013

Apa Yang Ganjil Dalam Gambar Ini..


"Apek ni (Orang Cina) memberi pertolongan kepada budak Melayu... Aku tabik apek ni.. Dia tolong tanpa mengira KAUM dan AGAMA.. Caya lah Apek.."

SUKAR untuk kita mendapatkan satu suasana semua bangsa bantu membantu tanpa mengira kaum dan agama walaupun mereka tidak mengenai antara satu sama lain. Sekadar berjumpa dalam satu perhimpunan, itu pun bukan dijanjikan untuk bertemu.

Hasrat dan cita-cita ini adalah kerana semua bangsa, tanpa mengira agama ada suatu naluri mahukan suatu yang adil dan saksama. Mereka mahukan Malaysia yang lebih berdaya maju, sama rata tanpa seberang korupsi. Cita dan hasrat ini datang sekali, jika tidak diambil peluang maka kita akan menyesal sampai bila-bila.

Peluang untuk menghumbankedurjanaan UMNO Barisan Nasional tidak boleh dipandang sepi dan PRU-13 adalah suatu yang MESTI diambil tanpa berlengah. Semaikan semangat dan cita-cita murni dan bakarkan semangat untuk ABCD (ASAL BUKAN CAP DACING). (Diangkat dari Tranungkite)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bantu-membantu tidak kira agama dan kaum, itulah yang disuruh  oleh Islam. Jangan membentu musuh ALLah, walaupun ia sebangsa dan kerabat rapat kamu sendiri.. Membantu bangsa sendiri dalam hal mungkar seperti rasuah, kroni, kezaliman dan lain-lain adalah asobiah, yang ditentang oleh Islam. Itukah yang berlaku pada UMNO? (IH)

1 comment:

kampong lad said...

yang ni aku sokong 101%

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails