KEMASKINI:
BERKATALAH Blog Al-Husseyn..(http://alhusseyn51.blogspot.com/2013/04/inilah-dia-bekas-menteri-besar-yang.html)
[Inilah dia bekas Menteri Besar yang akan masuk PAS.
..............................
Siapa ? Tanyaku yang teruja sangat-sangat.
"Muhammad Hj Muhd Taib!" Sambungnya lagi...]
Berkata pula seorang pengomen Blognya..
NEO4EVER said...
Tolong. Jangan jadikan dia calon. Ini bukan masalah insaf atau apa tapi ini masalah kredibiliti. Imej Pakatan Rakyat dipandang tinggi oleh Rakyat jangan calarkan. Tidak adakah calon dari akar umbi yang lebih layak!
Stanby kalau calon ini buat U-TURN selepas pilihanraya. Antara strategi UMNO/BN semua bekas2 akan masuk Pakatan Rakyat dan melobi untuk menjadi calon. Mereka tahu sokongan kpd Umno/BN sudah jatuh @ kalah. Kemudian setelah Rakyat bagi kemenangan, mereka ini akan buat U-TURN bagi merampas kuasa. Ingat peristiwa di Perak! Fikir2 kan lah
Bekas MB bakal sertai Pas
PASIR PANJANG – Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendedahkan kemungkinan seorang bekas menteri besar akan menyertai parti itu, tidak lama lagi.
Bagaimanapun, pengumuman yang dibuat dalam satu majlis di Kampung Permatang, itu tidak mendedahkan nama individu serta menteri besar dari negeri mana.
Mohammad Nizar berkata, penglibatan bekas menteri besar itu diketahui melalui mesyuarat ahli jawatankuasa Pas Pusat, Selasa lalu.
“Seorang bekas menteri besar akan berikan borang masuk Pas tidak lama lagi,” katanya.
Menerusi beberapa laman blog, ada yang menjangkakan menteri besar yang dimaksudkan adalah dari Perak dan Selangor, namun sehingga kini belum ada sebarang pengumuman rasmi berhubung perkara itu.
Sekiranya individu yang dimaksudkan adalah bekas menteri besar Perak, dua nama yang berkemungkinan menyertai parti itu adalah Tan Sri Ramli Ngah Talib yang mentadbir Perak (1983-1999) dan Tan Sri Mohammad Tajol Rosli Ghazali (1999-2008).
Mengulas mengenai peletakan calon Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Mohammad Nizar berkata, Perak turut mengemukakan seorang calon Cina yang bakal bertanding di Dun Asahan.
Katanya, Richard Wong yang juga Naib Ketua DHPP Perak bakal bertanding bagi mencabar kedudukan Barisan Nasional (BN) di Dun Asahan yang berada di bawah Parlimen Alor Gajah, Melaka.
“Pencalonan ini adalah sebagai bukti bahawa Pas parti untuk semua,” katanya.
Dari Blog Jalan Pulang..
BERITA HANGAT!!! “Seorang bekas menteri besar (Perak) akan memberikan borang masuk PAS,” - Nizar.
Dalam kehangatan pilihanraya umum ke-13 nanti, beberapa minggu lagi, bekas pemimpin besar Umno dijangka menyertai parti dalam Pakatan Rakyat.
Terkini, seorang bekas menteri besar yang pernah mentadbir Perak dikatakan bakal menyertai PAS malam ini.
Perkara ini didedahkan Nizar Jamaluddin dalam ucapannya ketika beliau diumumkan bertanding di kerusi DUN Changkat Jering pada pilihanraya umum akan datang, malam tadi.
“Seorang bekas menteri besar (Perak) akan memberikan borang masuk PAS,” katanya ringkas.
Nizar berkata mengetahui perkara itu ketika mesyuarat ahli jawatankuasa PAS Pusat, Selasa minggu lepas.
Sebelum pentadbiran Zambry Abdul Kadir sekarang, Perak pernah ditadbir oleh Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz, Mohamed Ghazali Jawi, Shaari Shafie, Ahmad bin Said, Kamaruddin Mohd Isa, Wan Mohamed Wan Teh, Ramli Ngah Talib dan Mohd Tajol Rosli (tidak termasuk Nizar).
Menurut sumber, dua nama teratas yang dijangka menyertai PAS malam ini ialah Tajol Rosli Ghazali dan Ramli Ngah Talib.
Bagaimanapun Tajol dilihat lebih menyerlah kerana masih mengiktiraf Speaker DUN Perak yang sah, V Sivakumar selepas kerajaan Pakatan Rakyat tumbang pada Februari 2008.
Bekas ADUN Pengkalan Hulu ini digugurkan dari senarai calon dan dia sendiri tidak mahu lagi bertanding mewakili Umno dalam mana-mana jawatan negeri mahupun bahagian.
Dia juga merupakan anak kepada bekas menteri besar kedua, Mohamed Ghazali Jawi.
Tajol juga dikatakan semakin vokal terhadap dasar-dasar pentadbiran Zambry yang tidak mempedulikan hak orang Melayu apabila ratusan hektar tanah balak diberikan kepada kroni rapat dan perniagannya.
Dijangka, dengan pengumuman rasmi malam ini, lebih ramai ahli Umno akan mengikut jejak Tajol menyertai PAS manakala jentera pilihanraya Umno Gerik bakal lumpuh walaupun bukan calon Umno yang bertanding.
Tajol menang dalam pilihanraya umum lalu menewaskan calon KEADILAN, Lee Sing Long dengan majoriti 4,645 undi tetapi kemenangannya tidak bermakna apabila Perak diperintah Pakatan Rakyat yang menang 31 daripada 59 kerusi DUN sekaligus membentuk kerajaan negeri yang diketuai Nizar. (PASPB/JP) (IH)
17 comments:
Tokoh..LALANG diTIUP angin nih...tak pernah BERHENTI...mengutuk PAS semasa HAYAT POLITIKnya...walaupun SEORANG USTAZ penyanyi...menjadi Setiausaha Politiknya...
inilah satu kelemahan yang ada dalam PKR pantang ada orang UMNO yang nak jadi kata musim hujan,tanpa selidik siapa mereka,terutama yang berupa bapak jerung dalam UMNO , pemimpin tertinggi PKR akan terus terima tanpa memikir dan meminta pandang ahli yang mejoriti tahu siapa maknusia yang kaki rembat harta rakyat,apakah dalam sudah tiada ahli yang berkeleber untuk diketengahkan,belajarlah dari kesilapan wahai PKR jangan jadi bak kata pepatah " Janganlah jatuh dalam lubang yang bila sudah jatu pada kali pertama " . Jangan gali lubang untuk terjun kedalamnya hanya kerana kita nampak kilauan cahaya yang belum tentu ianya kaca atau berlian. Fikirlah wahai pemimpin PKR.
biasalah ,nama pun politik,ari ni kawan esok lawan,Ds Anwar pun dulu apa kurangnya,tapi Allah dah beri hidayah padanya syukurlah.jadi terimalah seadanya .tgk muhidin bila Anwar kena tendang dgn mahathir dia yang mula2 menziarahinya,La ni ? dah jadi musuh no 1 la pulak !.
betul tu aku sokonggggggggggg...
senang jee.. suruh beliau berkempen utk PR pada PRU 13 ni... tapi jangan sekali kali jadi calon ... ia perlu bagi menguji tahap keikhlasan beliau ... tolong jgn jadikan beliau calon... demi mengelakkan belakunya lompat parti bila dah menang...
senang jee.. suruh beliau berkempen utk PR pada PRU 13 ni... tapi jangan sekali kali jadi calon ... ia perlu bagi menguji tahap keikhlasan beliau ... tolong jgn jadikan beliau calon... demi mengelakkan belakunya lompat parti bila dah menang...
jangan jadikan bekas pemimpin BN sbg calon PR...suruh mereka berkhidmat dlm 3-5 tahun bru boleh diangkat mnjadi calon...takut2 mereka cuba berpaut pada dahan PR yg makin kuat memandangkan pohon BN dah reput...ataupun mereka cuba rosakkn dari dalam..ni bukan soal percaya @ tidak,ini soal BERHATI-HATI..kita tak tahu apa isi hati dan niat mereka..pemimpin tertinggi PR,sila TAKE NOTE!!..
jangan cepat terpedaya, jangan jangan dan jangan
MASUK PAS TAK ADA MASALAH, JANGAN JADI CALUN PR PRU13, BANYAK LAGI ORANG LAIN YANG LAYAK DLM PR KALAU TAK ADA SANGAT AMBIL AKU MASUK BERTANDING.
Kalau PRU 2008 dulu, masa tu PR memang ketandusan calon...tak mustahil lah terjadi insiden lompat parti dari pengkhianat yang mengambil kesempatan. Tapi kali ini jangan buat lagi... Dah ramai yang boleh jadi calon...Ibarat kata pepatah Arab, "Jangan dipatuk dua kali oleh ular dari lubang yang sama"...
Saya yakin saya lebih baik dari Mike Tyson. Kalau PAS dah takde calon, ambek saya jadi calon. PAS ni mudah sangat kemaruk kalau ada bekas pemimpin UMNO nak masuk PAS. Kerja PAS kutip bekas-bekas saje. Berahi sangat PAS dengan janda, anak dara kurang minat.
Tak ada penyakit cari penyakit. Ingat, Hasan Ali tak menjadi, kang Mike Tyson buat porak peranda, padan muka.
jgn teruja sgt nak ambik depa jdi calon,jgn buat kami ahli akar umbi ni merajuk....tak pi mengundi kang....
Anonymous at 6:19 PM....Gua sokong Lu
kalau dorang ini yang di war-warkan nak masuk PAS... ahlan wasahlan... tapi harap PAS tak perlu berfikir lagi untuk dorang ni dijadikan calon.... TAK PERLU FIKIR...ingat tuh... tak perlu fikir untuk dijadikan calon... BELUM LAYAK... ikhlaskan diri kalau nak masuk PAS...anda dari tong taik.... cuci bersih bersih dulu...sekali pun bersih mungkin bau nya masih ada...prejudis...tetap prejudis...ramai lagi tokoh2 yang tidak dilihat berada dibelakang tabir didalam PAS....tolong ingat ni semua....PAS jangan mudah sangat... masuk dengan mudah terus naik diangkat.... mcam apa yg terjadi dengan pesuruh jaya pas selangor....puihhhhh
Ni komen dr akar umbi....ahli biasa PAS. Harap pemimpin atasan PAS tok dok bangga pemimpin Amno masuk PAS buat masa ni....apatah lagi jadikan calon. kang jadi sandiwara lagi.....kita bukan tahu apa niatnya....tak ingat peristiwa lompat di Nasya di Bota....hampeh.
jgn percaya si tayson ni...msk pas jdi ahli biasa no hal..jgn diangkat atau diraikan...jgn percaya walau 1% pun..masuk bawak taik..sapa yg terpali nanti..kita PR ramai tokoh2 muda yg berkelibar apa diheran cekodok hangus ni..poooorah
baik jangan diterima
Isu bawa duit ke australia berbeg-beg masih segar dalam ingatan.
Jangan ulangi kesilapan lalu seperti membenarkan Ibrahim Ali bertanding.
Post a Comment