Tuesday, April 23, 2013

Bimbang Budaya Keji Dlm Politik M'sia -Profesor Dr Shaharir

 
KL: Bimbang dengan budaya keji yang semakin subur dalam politik di Malaysia, sekumpulan ilmuan, sarjana, ulama, sasterawan, budayawan dan penggiat masyarakat menubuhkan Gerakan Intelektual Rakyat (Gatera).

Gatera dari Bahasa Sanskrit yang bermaksud sudut pandangan bertujuan menyedarkan masyarakat supaya memilih pemimpin politik yang memperjuangkan nilai luhur masyarakat yang beradab.

Pengerusinya, Profesor Dr Shaharir Mohamad Zain berkata, Gatera akan bergerak ke lapangan masyarakat untuk mengajak mereka menolak segala budaya kotor yang diamalkan dalam politik.

"Kami melihat persekitaran politik malaysia kini berada pada tahap yang parah, lebih-lebih lagi pada hari-hari menuju Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 5 Mei ini.

"Sebahagian daripada para pemimpin, ilmuan dan ulama tidak dapat menjadi penjaga kepada nilai murni masyarakat ini," kata beliau pada sidang media di sebuah hotel di Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Prof Shaharir juga khuatir budaya ini berterusan apabila ada pihak yang ingin meraih kuasa dan mengekalkan kuasa mereka.

"Demi meraih kuasa dan mengekalkan kuasa, mereka menggunakan, membiarkan malah nampak menyuburkan segala kekejian, keganasan, dan penyalahgunaan kuasa bagi menghalalkan rasuah, fitnah, kelucahan, keganasan, kesumbangan, kesamsengan, dengan tid amenghiraukan batasan agama dan budi bahasa yag diamalkan oleh masyarakat bertamadun," tegasnya.

Beliau juga berkata, Gatera akan bergerak secara aktif sepanjang tempoh kempen PRU13 ini untuk menyatakan pendirian mereka.

"Budaya kotor dalam politik inilah yang menjadi pemangkin kepada kami untuk menubuhkan Gatera ini.

"Jadi kami akan turun ke masyarakat dalam memberikan penerangan mengenai kesan budaya politik kotor ini dan mungkin juga akan duduk sepentas denan ahli politik untuk menyatakan pandangan kami sekiraya dijemput," katanya sambil menambah, program-program Gatera akan berterusan walaupun selepas PRU13 berakhir.

Sidang media turut dihadiri setiausah Gapaera, Kamaruzaman Mohamad, Setiausaha Seniman Paksi Rakyat (Paksi), Kassim Muhamad, Penolong Setiausaha Aangkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Muhammad Faisal Abdul Aziz, Sarjana Pentadbiran Perniagaan Antarabangsa, Prof Mohd Nazari Ismail.



Antara Politik keji BN?. Ini, BN Kempen Pakai Wanita Bogel.. Pak Aji Kamp..  

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails