Thursday, April 18, 2013
Bina Maahad Tahfiz Sains Putrajaya -Husam Musa
Husam Musa...saya datang mahu bersahabat
PUTRAJAYA:Jika Pakatan Rakyat berjaya mentadbir negara, calon PAS Putrajaya akan mengesyorkan agar dibina satu sekolah Maahad Tahfiz Sains di Putrajaya seperti di Kelantan yang telah berjaya melahirkan tenaga profesional dan pada masa yang sama hafiz al-Quran. Demikian hasrat Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dalam ceramah 'Tawan Putrajaya 2013' malam tadi.
Ceramah menyaksikan beliau merangkap calon PR Putrajya, mengambil peluang bercerita pengalamannya bertemu dan menyantuni masyarakat Putrajaya. Memulakan ceramahnya malam tadi, menarik perhatian lebih 10,000 hadirin dengan bertanyakan "Are you ready for Putrajaya?" sebanyak tiga kali..
Dan dijawab "yes" oleh para hadirin.
Kemudian beliau bertanya pula "Are you ready for BN?", lalu disambut laungan "No" oleh orang ramai yang hadir.
"Kalau begini, menanglah. Siapa kata (Datuk Seri) Tengku Adnan (Tengku Mansor) tidak boleh dikalahkan," katanya sinis disambut tepukan gemuruh hadirin.
"Saya datang ke Putrajaya ini untuk bersahabat. Bila saya pergi ke kafetaria, ke surau, ke foodcourt, saya rasa semangat saya memuncak sekali.
"Mereka (kakitangan kerajaan) datang bersalam dengan saya, malah mintak nak ambil gambar dengan saya.
"Saya tanya boleh ke ambil gambar dengan saya ni, nanti saudara-saudari kena tindakan? Mereka jawab apa nak takut, 6 haribulan (Mei) dah kerajaan baru," ceritanya disambut laungan takbir hadirin.
Menurut Husam, beliau juga akan membawa Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz menjadi imam solat Jumaat di Masjid Putra jika beliau ditakdirkan menang di parlimen itu pada pengundian 5 Mei nanti.
"Mungkin dua minggu lagi Tok Guru (Nik Aziz) jadi imam, live tv1, tv2, tv3 sampai chanel 20. Minggu kedua Tuan Guru Haji Hadi (Awang), minggu ketiga Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu keempat saya sendiri dan lain-lain.
"Kita nak Putrajaya bukan sebab nak kuasa semata-mata, tapi kita nak buat kebaikan, nak bawa sinar ketakwaan bagi melahirkan kemakmuran," katanya lagi.
Beliau juga berkata, jika Pakatan Rakyat berjaya mentadbir negara, beliau akan mengesyorkan agar dibina satu sekolah Maahad Tahfiz Sains di Putrajaya seperti di Kelantan yang telah berjaya melahirkan tenaga profesional dan pada masa yang sama hafiz al-Quran.
Pada ceramah itu juga, Husam turut menceritakan perancangannya bagi mengatasi masalah perumahan di Putrajaya termasuklah masalah harga rumah yang tinggi, bilangan rumah yang tidak cukup dan keluasan rumah yang tidak selesa yang sangat mendesak kepada masyarakat di sini.
Ceramah yang diadakan di padang bola sepak di Desa Pinggiran Putra di sini turut dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Selain beliau, hadir sama termasuk bakal calon PAS bagi Parlimen Sepang Mohamad Hanipa Maidin serta Borhan Aman Shah dari PKR yang disebut-sebut sebagai calon Dengkil. Ceramah malam tadi adalah yang pertama selepas Husam diisytiharkan sebagai calon PAS yang akan bertanding bagi parlimen itu, minggu lalu.(IH)
Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment