Wednesday, April 17, 2013
BN Tumbang Melayu Hilang? Ini Jawapan Pakar P'bagaan....
INI jawapan tohmohan puak-puak UMNO, kalau BN tumbang, Melayu akan hilang.. Tidak! Lihat kenyataan ini..
KL: Kedudukan orang Melayu, bahasa kebangsaan, agama Islam dan Raja-raja Melayu akan terus kekal kukuh kerana perlembagaan telah memahat mati semua peruntukan yang berkenaan.
Jika Pakatan perolehi majoriti dua pertiga sebanyak 148 kerusi sekalipun, ia hanya di Dewan Rakyat. Tetapi Dewan Negara majoritinya masih senator lantikan Umno-BN yang dengan sendirinya tidak membolehkan sebarang pindaan Perlembagaan kerana syarat majoriti dua pertiga itu di kedua-dua Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Ia juga memerlukan perkenan Majlis Raja-Raja berdasarkan peruntukan perlembagaan itu. Sebab itu, tidak timbul soal Pakatan meminda atau memansuh peruntukan-peruntukan berkenaan bahkan Pakatan bakal mengukuhkannya lagi. Inilah ulasan pakar undang-undang perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari (gambar) yang bakal disiarkan Harakah dalam edisi Jumaatnya. (Hrkh)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment