ALONG atau ceti haram masih mengganas. Lihat berita ini..
Dipaksa menari bogel
Wang dipinjam dari ceti haram atau along hanya RM1,000, namun seorang penjual kacang putih menanggung azab apabila diculik sebelum dibelasah 15 samseng yang diupah along yang dipercayai anggota kongsi gelap terkenal Geng 04.
Lebih menyeksakan apabila mangsa, S Mohan, 43, dipaksa berbogel sebelum diarah menari di hadapan rumah ketua samseng terbabit jika tidak mahu dibunuh. Mangsa yang ditemui di pejabat Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak, di sini, semalam, berkata, penderitaan itu bermula apabila dia berhutang RM1,000 dari seorang ceti haram pada Oktober tahun lalu selepas menghadapi masalah perniagaan.
“Saya diugut untuk dicederakan selepas gagal melangsaikan hutang pada tempoh ditetapkan along berusia 20-an itu.
“Mereka mengekori saya setiap hari sebelum menculik saya di hadapan sebuah bank di Sitiawan pada jam 7.30 malam, pada 4 Januari lalu,” katanya.
Menurutnya, dia dipaksa menaiki sebuah kereta oleh lapan lelaki sebelum dibawa dan dikurung di sebuah bangunan.
“Seramai 15 lelaki termasuk beberapa belia yang menyertai kumpulan kongsi gelap 04 muncul di premis itu tidak lama kemudian sebelum membelasah saya beramai-ramai.
“Saya ditumbuk, ditendang dan dipijak kumpulan samseng terbabit hingga lembik. Saya merayu supaya dilepaskan namun mereka langsung tidak mengendahkan jeritan saya,” katanya yang mendakwa dipukul hampir dua jam.
Dia dibawa pula ke sebuah rumah di Taman Acheh Jaya, Setiawan sebelum dipaksa membuka baju dan menari di hadapan rumah milik seorang ketua samseng Geng 04 itu.
“Mereka menjatuhkan maruah saya apabila merakam aksi saya itu menggunakan kamera video.
“Kumpulan samseng itu memaksa abang ipar saya membayar wang tebusan RM20,000 yang didakwa ‘bunga’ dari wang dipinjam saya sebelum ini,” katanya.
Mohan berkata, abang iparnya itu bagaimanapun tidak mampu menyediakan jumlah wang diminta kumpulan samseng itu.
“Saya dibebaskan samseng terbabit pada jam 7.30 petang keesokannya sebelum dipaksa membayar wang RM20,000 dalam tempoh seminggu.
“Sebelum melepaskan saya, mereka mengugut akan membunuh isteri dan menculik anak lelaki saya berusia 2 tahun jika saya gagal menyediakan wang diminta,” katanya.
Akibat takut sesuatu buruk berlaku, dia bersama isteri dan anak melarikan diri dan bersembunyi di rumah kakaknya di Kedah.
“Kumpulan terbabit yang berang kerana gagal mendapatkan wang diminta bertindak ganas memecah masuk rumah saya di Setiawan sebelum merampas motosikal, peralatan rumah selain kereta Proton Iswara milik abang ipar saya pada 18 Januari lalu.
“Kami sekeluarga menjadi mangsa keganasan samseng along itu. Saya sekeluarga kini hidup bagaikan pelarian apabila terpaksa berpindah-randah berikutan bimbang dibunuh mereka,” katanya sambil menitiskan air mata.
Menurutnya, masalah itu sudah dilaporkan kepada polis di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh, pada 30 Januari lalu. (myMetro)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Along, ceti haram, kongsi gelap masih berkuasa? Mencabar pihak berkuasa yang seolah-olah tiada kuasa? Tidak berkuasa atau Kerajaan UMNO/BN tidak mampu lagi mentadbir negara.
Cuba tukar kerajaan segera, bagi parti lain pula mentadbir negara. Dengan... UNDI PAS
Selingan vedeo .. Siapa pemimpin munafik di Malaysia.. Penceramah Ustaz Azhar Idrus
3 comments:
Semuanya salah BN ke? kita nak tengok nanti apakah masalah ini boleh selesai jila PR yang memerintah
Yg control ekonomi malaysia ialah BN, jadi salah BN lah. Takkan salah anwar juga?
duit memali boleh buat bayar hutang along..masalahnya duit memali dah x ade,Pantang Ada Sapu (PAS)org dalam pas dah sapu,songlap sauk ...makan duit anak yatim memali,kau jawab lah bila kau mati nanti,
Post a Comment