▼
Wednesday, April 17, 2013
Bogel-bogel Mengurut, Lagi Kegagalan UMNO.
KL: Kelekaan 11 tukang urut warga China melayan pelanggan tanpa seurat benang dikejutkan dengan serbuan anggota penguat kuasa Imigresen dalam Operasi Sayang, di Setapak, baru-baru ini. Ini lagi bukti kegagalan pentadbiran UMNO dalam mengnyahkan sumber-sumbsr maksit di negara ini sejak merdeka 1957.
Sinar Haian melaporkan, Penolong Pengarah Ketua Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa berkata, tukang urut warga asing terbabit dipercayai menawarkan perkhidmatan urut daripada badan ke badan dan juga seks jika dikehendaki pelanggan.
Menurutnya, beberapa anggota penguat kuasa menyamar sebagai pelanggan untuk memasuki premis berkenaan, sebelum menahan semua warga asing terbabit dalam serbuan kira-kira jam 10 malam.
"Semua tukang urut lingkungan 20 hingga 32 tahun itu dipercayai melanggar syarat pas lawatan sosial, ditahan.
"Dua lelaki warga tempatan dipercayai bekerja sebagai penjaga premis itu juga ditahan kerana mengambil pekerja warga asing tanpa pas sah,” katanya.
Beliau berkata, Operasi Sayang diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Mohd Zamry Mohd Nor bersama sembilan orang anggota penguat kuasa itu dijalankan atas maklumat dan aduan orang awam.
"Operasi sama juga dijalankan secara berterusan bagi menangani isu sosial di kawasan ibu kota secara bersepadu.
“Kami memohon Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan lesen perniagaan premis berkenaan jika disabitkan kesalahan sebagai pengajaran kepada yang lain,” katanya.
Semua warga asing yang ditahan itu dibawa ke Depoh Tahanan Bahagian Penguatkuasa, Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kompleks Kementerian Dalam Negeri Jalan Duta untuk tindakan lanjut.
"Antara jalan penyelesaian untuk mengnyahkan maksiat di negara ini, ialah dengan menukar dari kerajaan BN sekarang kepada PAS melalui Pakatan Rakyat. PRU 13 inilah masa yang tepat dan terbaik dengan mengundi PAS." kata Weblog Ibnu Hasyim.
"Tukar segera! Jangan sampai orang Islam tidak dapat jawab pertanyan Allah SWT di akhirat, mengenai sokongan anda kepada perjuangan menegakkan negara Islam di bumi tempat berpijak kaki anda sendiri!" Kata editornya, Hj Mohd Hasyim.
Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-67: Kisah-kisah Bogel (3)
Amat menarik bila kejadian segala maksiat diletakkan ke bahu kerajaan sedangkan ianya berlaku melalui pintu gelap. Dan apakah dengan menukar kerajaan di bawah PAS maka maksiat seperti ini akan lenyap terus ?
ReplyDeleteSedangkan PAs yang memerintah Kelantan pun penuh dengan debu-debu maksiat dilorong-lorong sekitar Kota Bharu inikan pula Selangor dan KL yang mempunyai sejuta ragam manusia.
Jadi jangan mudah mempersalahkan orang dengan hanya sekedar menuding jari. Seharusnya PAS Kelantan juga dapat menerap nilai KeIslaman yang di war-warkan barulah mudah mendabik dada sebagai pelopor pejuang Islam dan bukan sekadar kaki pukul dari belakang dan moyok bila kena muka sendiri.
Inilah satu sikap prejudis yang mencari kelemahan orang tapi kecacatan sendiri sering dilupakan atas gambaran topeng "ISlam" yang disadurkan. Walahualam
Kepada tuan penulis,
ReplyDeleteDi saat idea dan pendapat kita terbukti benar, kita dengan mudah menyalahkan orang lain dengan berkata, "kan benar apa yang saya katakan, masih mahu menidakkannya lagi"...
Namun disaat idea dan pendapat kita tidak menjadi, kita akan mengatakan norma2 manusia itu tidak sempurna agar memaafkan kesalahan kita...he3...
Sebenarnya kita tidak berani menanggung risiko.
Diawal setiap idea dan pendapat yg kita yakini, mesti terkandung risiko yg wajib kita tanggung sendiri....bukan yg lain2...
Kepada anon diatas sekali.
ReplyDeleteKenapa masih bodoh sangat?
1. Buktikan kerajaan tidak bertanggung jawab atas maksit yang berlaku dalam negaranya?
2 Buktikan 'debu-debu maksiat' yang ada di Kota Bharu, biar kerajaan K'tan boleh pergi hapuskan. Jangan tuduh kosong, buktikan.
3. Apakah rakyat tak boleh kritik kerajaan. Dalam Islam wajib membetul kerajaan yang salah.
4. Satu lagi, masih tak faham, belajar undang-undang, mana kuat undang negeri dengan undang pusat. Sebab itu K;tan tak boleh buat hudud.
Harap jangan timbil lagi persoalan yang sama, nampak jahil sangat.
Masih bodoh? pura-pura tak faham.
cakap je pandai kentok busuk bangau..he3
ReplyDelete