Saturday, April 13, 2013

Bongkar, Bumi Dipijak Milik Penyamun UMNO?

DISARING dari Tranungkite Online 'Siri Bongkar - Bribing You With Your Own Money!

SATU:
BUMI DIPIJAK MILIK UMNO!!! Senarai 20 orang kroni UMNO yang dapat tanah didedah, calon parlimen UMNO pun ada  Kampung Sg Rotan,Trong Perak: 160 individu peneroka tanah dari pelbagai bangsa di ditipu UMNO sejak sekian lama 


Kisah bermula dari 1986 di-zaman Tan Sri Rafidah Aziz menjadi Ahli Parlimen Kuala Kangar (Sekarang Kg. Sg. Rotan dalam Parlimen Bukit Gantang ). Penduduk kampung telah ditabur janji Pilihanraya oleh UMNO konon akan memberi hak milik kepada individu yang membuka tanah yang dikatakan Tanah Hak Kerajaan Negeri di kampung tersebut.

Maka seramai 160 individu peneroka awal telah membanting tulang,memugar ,membuka tanah yang dijanjikan dengan keluasan 1 lot (3 ekar) setiap seorang.  Menurut sumber 160 peneroka ini telah pun mengajukan borang permohonan bagi memiliki hak tanah ini kepada Pejabat Tanah.  Setelah sekian lama tahun demi tahun, PRU demi PRU. Ungkapan "Kami akan beri geran " diulang-ulang oleh UMNO hingga sekarang.

UMNO Perak khusus-nya UMNO Bukit Gantang (Parlimen Sekarang) mengunakan tektik tabur janji di capati ini sejak sekian lama untuk menjerat pengundi di musim pilihanraya. Kejadian di Sungai Rotan ini menjadi contohnya...
http://paspb2.blogspot.com/2012/12/bumi-dipijak-milik-umno-senarai-20.html  


DUA:

BONGKAR LAGI !!!! Mai baca maklumat dalaman UMNO - isu, wishlist & aktiviti UMNO / BN Bukit Gantang 


Isu Dalaman:
1. AJK UMNO BN Bukit Gantang tidak komitmen
2. Masaalah ADUN-ADUN UMNO BN yang tidak mengambil berat masaalah rakyat, (Contoh) ADUN lompat yang dipuja UMNO Dato Osman Jailu tak buat kerja.
3. Janji-janji yang dijanji tidak ditepati. 


Isu Dalaman UMNO BN di-parlimen Bukit Gantang jelas menunjukan pergolakan memang berlaku dalam pimpinan UMNO BN Bukit Gantang. AJK UMNO BN Bukit Gantang dilihat lumpuh dan permasaalah rakyat dikawasan tidak di-ambil tahu serta ditambah lagi dengan YB Changkat Jering Osman Jailu yang langsung tak buat kerja... Nampaknya katak belaan UMNO Perak sibuk kira projek agaknya...hehehe....

Aktiviti Pembangkang ( Pakatan Rakyat la tu...hahaha...) dan aktiviti UMNO BN di Bukit Gantang yang disenaraikan jelas membuktikan UMNO BN jauh kebelakang dalam melaksanakan aktiviti di kawasan.
http://paspb2.blogspot.com/2012/12/bongkar-lagi-mai-baca-maklumat-dalaman.html


TIGA: 
BUMI DIPIJAK MILIK UMNO!!! Dua pemimpin UMNO terima tanah dengan harga RM 2.

SUBANG JAYA, 6 FEB : Dua nama pemimpin Umno Selangor didakwa menerima sekeping tanah berkeluasan 5,000 kaki persegi di kawasan USJ3B dan USJ3D di sini dengan harga RM2 sekali.
 

Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan ahli politik Umno tersebut adalah Datuk Seri Megat Najmuddin Megat Khas yang merupakan Ketua Bahagian Umno Petaling Jaya (1985-1995), Pengerusi Tetap Umno Subang (1995-2001) dan Adun Kelana Jaya Selangor (1986-1995). Megat Najmuddin juga adalah ahli Lembaga Pengarah Petronas, Presiden Malaysian Institute of Corporate Governance dan anggota Lembaga Disiplin Umno (2002-2009). 

Ujar Nik Nazmi, turut menerima lot tanah tersebut ialah Ketua Wanita Umno Bahagian Kelana Jaya,

http://paspb2.blogspot.com/2013/02/bumi-dipijak-milik-umno-dua-pemimpin.html
 


EMPAT: 
Video Taib Mahmud Penipu..



LIMA:
BUMI DIPIJAK MILIK UMNO!!! Benarkah tanah 200 ekar untuk Kem Tentera 9 Briged digasak Ketua Wanita UMNO Selangor?  Kerajaan Selangor Siasat Tanah Milik Raja Ropiah

YAB Dato’ Menteri Besar Selangor memandang serius laporan susulan pendedahan oleh Deepak Jaikishan bahawa usaha sedang giat dilakukan untuk menjual lebih 200 ekar tanah milik Awan Megah Sdn Bhd bernilai RM130 juta kepada Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Boustead Holdings Berhad, milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Dato’ Menteri Besar yang kini berada di luar negara telah mengarahkan Pengarah Tanah dan Galian Selangor untuk memantau sebarang bentuk transaksi yang melibatkan hartanah-hartanah ini. Semakan awal yang dilakukan, tanah-tanah di Bukit Raja tersebut telah diberimilik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan
http://paspb2.blogspot.com/2012/12/bumi-dipijak-milik-umno-benarkah-tanah.html  


ENAM
BUMI DIPIJAK MILIK UMNO!!! SAT1M kebas RM19.9 Juta jual tanah rakyat
Pengerusi KEADILAN Selangor, Mohamed Azmin Ali mendedahkan, Ketua Pembangkang Selangor, Mohamad Satim Diman memperoleh RM19.9 juta hasil daripada penjualan 80 ekar tanah kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Katanya, kesemua urusniaga itu berlaku semasa Selangor di bawah pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN).  Menurut Azmin, tanah tersebut pada mulanya dibeli oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Serdang itu dengan harga RM1 sekaki persegi melalui dua syarikat – Nikmat Inai dan Supreme Precious Sdn Bhd.

“Satim memiliki kepentingan sebanyak 30 peratus dalam Nikmat Inai dan beliau juga mempunyai saham dalam Supreme Precious Sdn Bhd,” kata Timbalan Presiden KEADILAN itu ketika membacakan dokumen berkaitan di hadapan 4,000 penduduk pada Ceramah Merdeka Rakyat di Gombak malam semalam
http://paspb2.blogspot.com/2012/12/bumi-dipijak-milik-umno-sat1m-kebas.html  


TUJUH:
APA BEZANYA?!!! Israel rampas tanah rakyat Palestin, UMNO halang rakyat terima geran tanah

Israel ganas dan Zalim sedia mencuri tanah plastine untuk bangsanya bukan menghalang rakyatnya memiliki TANAH  Terbongkar! Melayu UMNO sekat bangsanya terima geran tanah dari kerajaan kelantan!

GUA MUSANG: Tanpa mengendahkan amaran Umno, sebahagian besar ahli dan penyokong Umno di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Lebir tetap hadir pada majlis penyampaian geran tanah semalam. Lebih menggembirakan lagi apabila 54 ahli Umno yang hadir pada program berkenaan semalam menerima sendiri geran tanah disampaikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Seorang peneroka Mat Omar, 60 yang mendiami RKT Lebir sejak 1981 berkata, Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah sudah lama menjanjikan mahu menyelesaikan masalah pemilikan tanah.

“Namun sampai sekarang tidak menjadi kenyataan. Beliau hanya cakap sahaja. Selepas lama menunggu kami mengusahakan sendiri dengan menyertai jawatankuasa khas ditubuh kerajaan negeri.
“Kerajaan negeri hanya mengenakan bayaran premium RM10 sahaja bagi lot rumah seluas suku ekar. Kalau ikut proses biasa saya difahamkan kena bayar RM2,000 bagi setiap lot,” katanya di sini semalam.
http://paspb2.blogspot.com/2013/02/apa-bezanya-israel-rampas-tanah-rakyat.html  


LAPAN:
BUMI DIPIJAK MILIK UMNO!!! Fakta Tanah Rizab Melayu jadi mangsa nafsu UMNO


KL: Umno BN mesti ditumbangkan di dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang demi menyelamatkan tanah Melayu yang semakin terhakis setelah 55 tahun negara merdeka.

“Apabila Umno BN kalah maka terdedah fail-fail yang menunjukkan tanah Melayu menjadi mangsa kerakusan pemimpin Umno,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad (gambar) kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, peliknya pemimpin Umno berlagak menjadi pembela Melayu, sedangkan tangan merekalah yang melepaskan tanah rizab Melayu kepada orang lain. Menurutnya, sejahat-jahat penjajah mereka telah mewartakan 3 juta hektar tanah rizab Melayu supaya hak milik Melayu kekal tetapi apabila Umno memerintah, mereka lebih zalim daripada penjajah.

Idris berkata, tanah rizab Melayu terhakis daripada 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar pada 1995, bermakna 44% tanah rizab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun.

“Mungkin tanah rizab Melayu sekarang sudah hilang sebanyak 2 juta hektar setelah 55 tahun merdeka,” ujarnya.
http://paspb2.blogspot.com/2012/12/bumi-dipijak-milik-umno-fakta-tanah.html


Dan lain-lain. (IH)

7 comments:

Anonymous said...

Bawa mengucap la saudara punya blok.
Apa kah kamu ni bukey melayu ko.

Tahukah kamu UMNO itu ditubuhkan untuk menyatukan dan menjaga hak kaum Melayu.apa yang kamu sakit hati sangat dengan UMNO ni.Kalau pun pemimpin melayu kaya apa ko nak hasad sangat.Kita patut tumpang gembira dengan kejayaan mereka.Kau pula harus kerja lebih supaya sama kaya.Jangan kita hasad dengki. Baru bangsa kita boleh maju. Bangsa cina dan india lain mereka tidak hasad dengki dengan sebangsanya yg kaya raya. Malah menjadi pembakar semangat untuk mereka berkerja bersungguh2.Ubagkan sikap kamu yang bodoh ni. Sedarlah UMNO itu wakil untuk kelangsungan menjaga hak orang melayu hak kita tau tak. dan kamu pula yang hendak menjatuhkan dan memburukkannya apakah jadahnya. Melainkan kamu ni bagsa lain kot yang sengaja nak melaga2kan bangsa melayu.

zaman said...

Kesian Anon April 13, 2013 at 8:14 AM. Jelas pior darah biru cop keris.

Ape yang dibuat bangsanya, walau merompak wang/harta rakyat, semuanya baik. Tak kira halal haram lagi.

Itulah perjuangan asobiah, mati masuk neraka. Belajar dan ambil kira agama sikit, jangan jahil murakkab! Tak reti dan bengong sangat dalam agama.

Anonymous said...

Tanah itu diambil oleh UMNO untuk mengelak dari terlepas kepada tangan pengganas. Ingat, UMNO sedang berperang melawan keganasan supaya keganasantidak menguasai Malaysia. Dalam PRU13 pun, penipuan perlu dilakukan dalam perang melawan keganasan. Sesungguhnya perang ialah tipudaya.

Anonymous said...

Kita tak marah kalau pemimpin Umno nak kaya raya.Tapi berusahalah macam tauke-tauke cina yang bekerja keras siang dan malam.Ini tidak dengan kuasa yang ada rembat duit rakyat atas dasar bumi putera.Yang kaya tu siapa???!!!Adakah daripada anak-anak petani dan nelayan yang dah tujuh keturunan membanting tulang siang dan malam.Adakah mereka sudah kaya raya????!! Oh! tidak.Yang kaya raya tu adalah anak-anak orang kenamaan dan bangsawan.Ia terhasil daripada sistem feudal system yang kita amalkan.Laluan orang biasa untuk menjadi PM Malaysia adalah terlalu sukar.Kenapa??!!! Sebab semuanya telah ditentukan dalam kelompok-kelompok feudal system tadi.Kalau Anwar dapat menjadi PM ke 7, dia memang hebat.Sebabnya dia telah memecahkan tradisi yang sedia ada.Apakah Mahdhir nak biarkan????!!!! OH TIDAK.Sebab tu dia bekerja keras untuk memertabatkan anaknya.MAS.....Ipoh.

Anonymous said...

Kah kah otak macai umno

Anonymous said...

Iyulah bahana kalau dh terbiasa makan duit haram, kena rompak depan mata pun dok puji lagi pemimpin nafsu besar mc tu, kesiaaaaan.

madeykuti said...

Merompak atas nama melayu....lepas tu beli hartanah kat oversea ..simpan dlm bank luar negeri...kawin dengan omputeh..kazastan,,,lubnan...bangsa melayu terus miskin dan dimiskinkan oleh bangsa umno ...melayu makan kangkung...bangsa umno makan steak dan brokolli.....sapa bodoh?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails