ADA sesetengah laman web memudahkan pengguna memuat turun buku percuma secara online.
KUALA LUMPUR – Percaya atau tidak, beberapa penerbitan yang telah
diharamkan penjualannya di Malaysia begitu mudah didapati dengan cara
muat turun melalui internet.
Contohnya buku berjudul Allah, Liberty and Love karya Irshad Manji
yang diharamkan kerana memesongkan akidah umat Islam kini mudah didapati
percuma secara dalam talian.
Irshad, seorang warganegara Kanada merupakan seorang wanita
berfahaman Islam liberal yang memperjuangkan hak golongan lesbian, gay,
biseksual dan transeksual. Tinjauan Kosmo! mendapati beberapa laman sesawang boleh diakses untuk
mendapatkan maklumat berkaitan buku yang dihalang cetakannya oleh
Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu seterusnya memuat turun salinan
lengkap naskhah haram tersebut.
Mengulas perkembangan itu, ahli akademik yang juga perunding bebas
dalam bidang komunikasi, Dr. Narimah Ismail (gambar menggambarkan
betapa bahaya senario bahan bacaan online yang mengandungi unsur-unsur
bertentangan dengan agama dan sosiobudaya tetapi boleh diakses tanpa
sebarang sekatan. (Kosmo)
No comments:
Post a Comment