Sunday, April 07, 2013

Cincin Rosmah RM24J Terbongkar, Muncul Philip Nassimi..

MASAK la Najib, kes cincin pulak nak terburai... [Saksikan...]

Skrip Terlewat : Rosmah jadi bibik besan tengok cincin ..!!

Semakin menarik nampaknya cerita cincin permata RM24juta. Isu cincin ni 

sebenarnya dah pun agak tenggelam dengan pelbagai isu dan skandal yang membabitkan keluarga Rosmah dan isterinya, Najib si bibir merah.

Setelah hamoir dua tahun isu ini timbul, barulah muncul Philip Nassimi (gambar atas) Pengarah Barang Kemas Jacob & Co membuat penjelasan, "Natural Fancy Blue Grade Cushion Diamond Ring" 30.11 karat itu sebenarnya untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev, ibu kepada Daniyar Nazarbayev yang bertunang dengan anak Rosmah, Nooryana Najwan.


Selama ini rakyat tidak pernah mendengar Rosmah menyebut mengenai kedatangan Maira, besannya ke Seri Perdana untuk 'melihat' cincin berkenaan. Andainya memang betul cincin yang dipersoalkan itu dihantar kepada Maira ketika beliau (Maira) berkunjung ke kediaman Rosmah, logiknya, itulah alasan pertama yang akan diberikan oleh Rosmah apabila isu ini mula-mula ditimbulkan hampir dua tahun lalu.


Mengapa Rosmah sanggup bersumpah bahawa cincin itu tidak ada pada dirinya, tapi tidak pernah walau sekalipun menyebut cincin berkenaan dihantar kepada Maira Nazarbayev, ibu kepada Daniyar Nazarbayev? Mengapa baru sekarang, muncul tukang emas membuat cerita bahawa cincin itu ditujukan kepada Maria yang berkunjung ke mahligai Rosmah?

Logiknya, jika penerangan si tukang emas yang mengatakan Maira adalah pelanggan setia, apa perlunya Maira meminta cincin berkenaan dikirim kepadanya ketika beliau mengunjungi Rosmah di Putrajaya? Maira sebagai isteri seorang Presiden sebuah negara, boleh sahaja terbang ke Jacob & Co, Amerika Syarikat untuk melihat sendiri cincin berkenaan. Ataupun, minta cincin berkenaan dikirim kepadanya ketika beliau berada di negaranya, Kazakstan.
Tapi yang lebih menarik, sejak sekian lama isu ini menjadi 'bualan hingga ke peringkat antarabangsa' mengapa Maira tidak pun mengeluarkan sebarang kenyataan bagi menjelaskan isu cincin RM24 ini.
Sepatutnya, Maira sudah sedia maklum bahawa isu cincin yang kononnya ingin beliau lihat, telah menyeret Rosmah, yang bakal menjadi besan beliau. Sepatutnya, beliaulah orang pertama yang akan membuat penjelasan. Bukan tukang emas kedai cincin!! (Diangkat dari Blog Shalehudin)

Lihat ebelm ini..
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?

3 comments:

  1. Critalah apapun. Ada aku kisah. Undilah ABU

    ReplyDelete
  2. Wow! This could be one particular of the most beneficial blogs We've ever arrive across on this subject. Basically Great. I am also a specialist in this topic therefore I can understand your hard work.

    My web-site: make easy money

    ReplyDelete
  3. sweet chances to rules back our own malaysia

    ReplyDelete