Sunday, April 21, 2013
DAP Guna Simbol Sendiri, Roket Tak Jadi Mendarat Di Bulan..
KL - DAP, yang disiasat oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) berhubung keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu, tidak menghadapi masalah pada penamaan calon hari ini apabila calonnya pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dapat menggunakan simbol parti itu.
Parti itu bertanding di 51 kawasan parlimen dan 103 kerusi negeri. DAP membuat pelan kontingensi untuk bertanding di bawah lambang Pas di Semenanjung dan lambang PKR di Sabah dan Sarawak selepas RoS berkata ia tidak mengiktiraf pemilihan CEC parti itu Disember lepas berikutan aduan penyelewengan oleh beberapa anggota parti.
RoS berkata bagaimanapun DAP tidak dibatalkan dan parti itu boleh menggunakan simbolnya untuk PRU113. DAP meletakkan penasihat parti itu Lim Kit Siang di kawasan Parlimen Gelang Patah. Kit Siang ditentang Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dalam perlawanan satu lawan satu.
Di Pulau Pinang pula, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng akan berhadapan perlawanan tiga penjuru dalam mempertahankan kawasan Parlimen Bagan dann perlawanan satu lawan satu di kerusi Dewan Undangan Negeri Air Puteh.
Semalam Guan Eng berkata calon-calon parti itu akan membawa dua watikah calon, satu daripada DAP dan satu lagi daripada Pas bagi calon di Semenanjung dan PKR bagi Sabah dan Sarawak, ke pusat penamaan calon. - Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Bukan roket tak jadi mendarat tapi belum sampai masanya dengan izin Allah roket akan mendarat di bulan satu hari nanti
Post a Comment