Tuesday, April 09, 2013

Dedah Payudara Serang! Putin Ketawa...

PUTIN melihat ke arah seorang anggota kumpulan Femen yang mendedahkan payudaranya di Hanover semalam.

HANOVER, Jerman - Presiden Rusia, Vladimir Putin ketawa apabila beliau melihat gelagat sekumpulan wanita yang mendedahkan payudara mereka sebagai bantahan terhadapnya di Jerman semalam. Putin kemudian berjenaka dengan menyatakan beliau suka dengan apa yang dilihatnya itu.

Tiga anggota kumpulan daripada pergerakan Femen yang memperjuangkan hak-hak golongan wanita mengganggu lawatan beliau semasa Presiden Rusia itu tiba untuk menyaksikan pameran perdagangan di sini. Anggota-anggota kumpulan tersebut membuka baju melaungkan slogan menggelar Putin sebagai seorang diktator.

"Mengenai persembahan itu, saya menyukainya," kata Putin pada satu sidang akhbar bersama dengan Canselor Jerman, Angela Merkel.

Menurutnya, tindakan wanita-wanita tersebut secara tidak langsung membantu mempromosi pameran perdagangan itu. Beliau juga mencadangkan supaya pihak keselamatan patut lebih berlembut dengan kumpulan wanita tersebut yang ditahan kerana melakukan perbuatan itu.

"Saya tidak dengar apa yang mereka jeritkan, saya tidak sempat melihat sama ada mereka berambut perang, coklat atau hitam keperangan," kata Putin.

Anggota-anggota kumpulan tersebut membuat protes ekoran penahanan beberapa ahli kumpulan band Pussy Riot. Anggota-anggota kumpulan band wanita tersebut ditahan kerana membuat persembahan di dalam sebuah gereja di Rusia. - AGENSI

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails