Monday, April 01, 2013

Elak Lacur Patah Kaki, Gadis Indo Berhati Mulia.

Foto
DUA anggota perubatan merawat Nadia yang patah kaki selepas terjun dari bangunan dua tingkat di Miri semalam. 

MIRI - Seorang gadis Indonesia yang tidak rela dijadikan pelacur patah kedua-dua belah kaki selepas terjatuh dari tingkat dua bangunan rumah kedai di Jalan Sri Dagang di sini ketika cuba menyelamatkan diri daripada majikannya.

Semasa kejadian pada pukul 1.30 pagi kelmarin, mangsa yang dikenali sebagai Nadia, 23, cuba melarikan diri melalui tingkap belakang sebuah bilik yang terletak di tingkat dua bangunan itu.

Nadia yang berasal dari Jawa, Indonesia itu menggunakan kain selimut yang diikat di tingkap dalam usahanya melarikan diri tetapi ikatan kain tersebut terkoyak menyebabkan dia terjatuh dan mengalami patah pada kedua-dua tulang kakinya. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Gadis itu perlu diberi ganjaran, dan majikan yang cuba memakanya jadi pelacur perlu disiasat dan diadili.

2 comments:

Anonymous said...

Gadis indo lari dari dilacur, Gadis malaysia raikan pekenalan dgn berzina. Nauzubillah!

Anonymous said...

ada dalam klip kelantan tu siap mengaku jadi pelacur lagi tu,bengong punya budak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails