Oleh TULAG BESI
Peristiwa
ini diceritakan kepada saya oleh seorang yang rapat dengan Aisyah (nama
sebenar Wan Aishah bt Wan Ariffin- GAMBAR)). Maka, oleh kerana saya kenal
sumbernya dan kalau saya sebut nama sumber saya ini nescaya tuan2 dan
puan2 pembaca kenal siapa sumber saya ini.
Pada
satu hari Aisyah telah menelfon sumber saya ini. Beliau berkata
tiba-tiba dengan tidak semena-mena bumbung rumah beliau telah bocor.
Kebetulan hari itu hari hujan yang sangat lebat. Air hujan telah masuk
ke dalam rumah Aisyah melalui bumbung.
Lantas,
sumber saya ini meminta bantuan beberapa orang unit Amal di sebelah
Ampang sana untuk menengok-nengok apa yang telah berlaku kepada bumbung
rumah Aisyah itu. Manalah tahu, mungkin bumbung rumah Aisyah itu telah
rosak akibat hujan yang sangat lebat itu.
Apabila
beberapa orang Unit Amal Ampang memeriksa bumbung rumah Aisyah,
didapati kebocoran itu berpunca dari lubang yang ditebuk di bumbung
rumah Aisyah.
Lubang2
itu kemudiannya akan diletak kamera bagi mengintip Aisyah di kamar
mandi atau di kamar tidur atau di tempat2 lain. Tujuannya supaya gambar2
yang tidak elok itu boleh digunakan bagi memalukan atau meengugut
Aisyah.
Cumanya
belum sempat kamera dipasang, tiba-tiba hujan dan air masuk melalui
lubang2 yang ditebuk itu. Allah SWT menyelamatkan hamba Nya.
Kejadian
ini membuktikan bahawa ada skuad khas yang ditubuhkan UMNO untuk
mengintip serta merekod tindakan2 pemimpin pembangkang bagi tujuan
menguntungkan UMNO dan BArisan Nasional.
Usaha2
sebegini sudah tentulah memakan wang yang banyak serta sumber yang
besar dan tidak mungkin dijalankan oleh parti2 politik yang bukan
memerintah seperti PAS, PKR dan DAP.
Usaha2
ini juga membuktikan UMNO telah bangkrap idea dan terpaksa bergantung
kepada mendedahkan aib dan keburukan orang hatta gambar2 bogel dalam
bilik mamdi dan bilik tidur pun mereka mahu gunakan. (IH/M'siaWaves)
UMNO dah gila agaknya...perkara-perkara aib mcm ni pun mereka tergamak lakukan....
ReplyDelete