Wednesday, April 24, 2013
Gandingan Husam-Mat Taib, Tarik Perhatian Di Putrajaya
PUTRAJAYA: Kehadiran bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkempen untuk calon PAS Putrajaya Datuk Husam Musa malam tadi ternyata mencetuskan fenomena luar biasa.
Dalam program ceramah yang berlangsung di padang kompleks kejiranan Presint 9 malam tadi, lebih 10,000 hadir untuk mendengar ucapan Muhammad yang baru sahaja mengisytiharkan diri menyertai PAS dua hari lalu itu.
Muhammad atau lebih dikenali sebagai Mat Taib juga adalah bekas Ahli Jawatankuasa Tertinggi Umno.
Beliau yang pernah menjadi menteri besar Selangor selama 11 tahun ketika di dalam BN, juga dikenali sebagai antara tokoh berpengaruh khususnya bagi masyarakat Melayu di Selangor.
Selain Husam, turut berceramah sepentas adalah bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan Dr Zaiyadi Awang Noh.
Mat Taib dalam ucapan awalnya ketika mengumumkan menyertai PAS sebelum ini memberi jaminan akan berkempen untuk kemenangan PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini.
Beliau akan turun khususnya ke seluruh Selangor, membantu calon-calon PAS dan Pakatan Rakyat berkempen sepanjang tempoh kempen ini.
Berikut antara gambar sekitar ceramah malam tadi.
Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
pada pendapat aku lah... dia ni salah seorang bekas ahli politik yang kecewa. Xdpt apa2 masa sekarang. memang lah dia Xmasuk tanding atas tiket PAS. tp kalu PR menang, at least dia pasti mahukan sesuatu. aku rasa dia memang dah nampak PR boleh menang kali ini.. hati2 lah PR. but ini just pendapat aku lh... dr org biasa2. dato mat taib, anda boleh je sokong PAS dalam diam... mcm saya.
Post a Comment