GAZA - Menteri Pendidikan Hamas, Osama Mazini dalam satu sidang
akhbar semalam mengumumkan penguatkuasaan satu undang-undang yang
mengharamkan sekolah campur di Palestin.
Menurut beliau, Perkara 46 dalam perundangan negara yang telah
mendapat kelulusan badan perundangan Hamas dan dikeluarkan pada 10
Februari lalu itu telah mula dilaksanakan pada Ahad lepas.
Undang-undang berkenaan antara lain “melarang percampuran pelajar
daripada jantina berlainan berusia sembilan tahun ke atas di badan-badan
pendidikan”. - AFP
No comments:
Post a Comment