Nik Aziz
KOTA BHARU- Pas yakin pelaksanaan hukum hudud akan direalisasikan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) walaupun ditentang parti komponennya, DAP.
Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bagaimanapun menegaskan pelaksanaan hukuman itu bukan ditentu ‘orang politik’ sebaliknya persetujuan hakim yang akan memutuskan perjalanan hukuman itu. Malah Nik Aziz turut mengulangi kenyataannya bahawa hudud hanya akan dilaksanakan untuk orang Islam dan masyarakat bukan Islam tidak perlu bimbang dengan perjalanan sistem itu.
“Hudud ini dalam agama Islam, sokong atau tidak ia adalah asam garam daripada al- Quran sendiri. Hudud kita laksanakan pada orang Islam sahaja dan ia akan dilulus oleh satu badan dipanggil kehakiman, bukan orang politik,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan projek pembangunan bercampur Taman Iman Jaya, Wakaf Che Yeh di sini, semalam. Nik Abdul Aziz mengulas kenyataan Timbalannya, Datuk Haron Din yang menyifatkan persetujuan DAP untuk menggunakan logo Pas bermakna parti itu (DAP) bersetuju dengan dasar Pas.
Haron berkata, Pas berpendirian bahawa apabila DAP tampil memohon menggunakan logo Pas, bermakna parti itu (DAP) secara tidak langsung bersetuju dengan dasar yang bakal dilaksanakan parti itu. Menurutnya, dalam mesyuarat yang diadakan, Pas sedia membenarkan penggunaan lambang parti mereka sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak DAP untuk bertanding menggunakan logo sendiri.
Nik Aziz berkata, kelulusan daripada badan kehakiman pula bergantung kepada syarat- syarat tertentu sebelum ia benar- benar dapat dilkasanakan.
“Jika tak cukup syarat, maka turun hudud kepada takzim, cukup syarat dia baru guna hudud, itulah sudah direkod sudah ditulis bertahun-tahun dulu,” katanya. (SH)
Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
No comments:
Post a Comment