JOM KREATIF
MAHASISWA teknik di India telah mencipta pakaian dalam perempuan anti rogol. Pakaian ajaib yang boleh mengeluarkan setruman letrik hingga sebanyak 82 kali dan secara otomatik dapat menghubungi pihak polis atau waris mangsa pula.
"Pakaian dalam ini dilengkapi alat penentu posisi Global Positioning System (GPS) dan alat sensor yang dapat mengeluarkan setruman letrik sebesar 3,800 kilovolt dan secara otomatik pula boleh menghubungi waris orang tuanya serta pihak polis." kata Manisha Mohan dari Universiti SRM di Kota Chennai, Negara Bahagian Tamil Nadu, seperti dilapor surat khabar The Times of India, (3/4).
Mohan mencipta pakaian dalam ini bersama rekan-rakannya Niladri Basu Bal dan Rimpi Tripathi. Pakaian dalam anti rogol ini mengandungi sirkuit lettrik diletakkan dekat payudara, dilengkapi GPS dan kad perdana telefon seluler. Tiga mahasiswa itu mengatakan setruman lettrik itu diletakkan dekat payudara kerana menurut survey, perogol biasanya menyerang dada korban lebih dulu.
"Mereka yang cuba menganiaya seorang perempuan akan terkena setrum dan sensor alat itu, akan aktif secara otomatik menghubungi nombor telefon darurat serta waris mangsa." kata Mohan.
Peristiwa pemerkosaan di India masa ini semakin kerap terjadi setelah seorang mahasiswi 23 tahun diperkosa di dalam sebuah bas di Ibu KOta New Delhi hingga terkorban Desember tahun lalu. Kejadian itu membangkitkan tunjuk perasaan besar-besaran seluruh India.(IH)
Lanjut lihat ini..
E-Buku IH-64: Rogol Di India
No comments:
Post a Comment