Monday, April 29, 2013

Kerana RM.. Kazim Alias Lari, Lepak Di Markas UMNO..



Ustaz Kazim Alias bersuara lagi, kali ini di Wacana Isu-isu Islam dan Umat Islam menjelang PRU-13.Beliau antara lain berkata PAS sudah lari dari matlamat asalnya apabila tidak bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam terutamanya dalam hal melibatkan isu akidah umat Islam. Beliau turut berkata 'arus' parti itu juga berbeza selepas menyertai pakatan pembangkang.

Berikutan itu, katanya, beliau membawa dirinya lari daripada 'arus' PAS yang dilihatnya tidak lagi berpegang kepada perjuangan Islam semata-mata. seiring dengan itu, Ustaz Kazim melepak di markas UMNO kerana menurut ustaz Kazim cuma UMNO tidak berubah.

UMNO konsistan dalam menyatakan ideologi pragmatismanya. Inilah yang menyebabkan Ustaz Kazim mengalih sokongan kepada UMNO yang tidak pernah berminat sejak dulu, kini dan selamanya untuk memperjuangkan Islam apatah lagi yang melibatkan isu akidah umat Islam.UMNO cuma berminat untuk turun padang apabila ada gelombang rakyat atau umat Islam untuk membela sesuatu isu yang berkait Islam.Itu hanyalah sekadar kosmetik sahaja, sekadar memperlihatkan UMNO prihatin kepada isu ugama.

Perlakuan UMNO ini menarik hati Ustaz Kazim dan kerana UMNO tak pernah berubah, sentiasa menggunakan senjatanya ia itu RM(bukan Rosmah Mansur), maka Ustaz Kazim menjadi berminat dengan UMNO sambil mendakwa pula PAS sudah berubah.

Ustaz Kazim malah sanggup berkata UMNO adalah seperti 'bangunan yang sudah kukuh yang tidak perlu ditukar dengan yang baru'(sambil hatinya berlagu, berapa aku dapat hari ni?). "Jika ada kerosakan (pada bangunan itu), ia hanya perlu dibaiki segera. Perbaiki yang mana rosak, perbaiki yang mana tak elok, sebab bangunannya masih elok, boleh menjamin keselamatan kita,” katanya.

Ustaz Kazim sanggup auta rakyat kerana UMNO tak pernah berubah.Ustaz Kazim sanggup berkata PAS berubah kerana tidak lagi menghiraukan isu akidah umat Islam tetapi dalam masa yang sama UMNO yang tidak pernah berubah memberi masalah besar kepada akidah umat Islam kerana menolak hudud dibela oleh ustaz Kazim walaupun UMNO yang jelas buruk dan busuk ini.

Ustaz Kazim menyatakan beliau turut perjuangkan penyatuan PAS dan UMNO tetapi kenapa Ustaz Kazim masih lagi berpihak kepada UMNO dan menuduh PAS yang berubah? Inikah orang yang mahu menyatukan PAS dengan UMNO?

Maaflah Ustaz, anda sudah tidak boleh dipercayai lagi!" (TKO)

14 comments:

Anonymous said...

apa hukum bersekongkol dengan puak ahlinya ada yang mengatakan hudud tak de dalam Quran ustaz oi dah nampak dah lama dah duk tengok fael mamat ni.sah.

Anakjatimanjoisentiasamemerhati said...

Ustaz Kazim berpihak kepada UMNO ada banyak sebab... tapi yg utamanya ialah kerana penyumbang RM kepada aktiviti pusat Barakah yg diterajui oleh Ustaz Kazim adalah orang kuat UMNO sendiri. Ramai yg tidak tahu... Ustaz Kazim sebenarnya menggunakan dana RM yg disumbangkan oleh seorang hamba allah bekas ADO di Ipoh, Perak. Segalanya yg dilakukan di Barakah utk mendidik anak bangsa Melayu yg beragama Islam itu baik dan bagus sekali... Tetapi cara pembelian tanah untuk didirikan asrama Barakah, bg murid-murid menginap, juga org tua-tua, yg dijual semula secara lot-lot, ada sedikit persoalan... mengapa mesti pakai org tengah? Yang seakan memaksa pemilik tanah di Kpg Manjoi untuk menjualnya dengan harga murah, dan menjualnya kembali kepada sesiapa yg ingin mewakaf tempat utk menimba ilmu akhirat, membayarnya dengan agak mahal harganya....
Org yg dibelakang Ustaz Kazim byk mempengaruhi pemikirannya, sebab itu beliau menyokong UMNO 100%... Semoga Ustaz Kazim bercakap benar sentiasa hendaknya dan tidak mementingkan foundernya sahaja apabila berkata-kata benda yg tidak benar...

Anonymous said...

masa PAS solo kazim x nak pon sokong PAS...bila PAS join PR byk pulak bunyinya...hakikatnya nak laksanakan hukum apa pon mesti kuasa dari pihak pusat...so x timbul pon isu PAS dah berubah ke x? dah dapat kuasa baru leh cerita nak tegakkan hukum...x de kuasa x payah cerita...x mcm umno dah berkuasa selama 56 tahun pon masih ngok ngek menyalahkan PAS isu hudud..mcm org celik suruh org buta bawak kereta...mana maunyee...

lijitra said...

dulu uke ni memang bagus tapi sejak dia dah kelabu mata dgn rm dari umeno haramjadah dia pun jadi tak ketahuan hala.insaflah wahai ostad.

Anonymous said...

Mata duitan dan hamba duniawi

Anonymous said...

Minta maaf ustaz.... cepatlah bertaubat sebelum penyakit abdullah samah berjangkit kepada kau!!!!

Anonymous said...

Itulah balasannya kalau tidak ikhlas dalam perjuangan Islam. dicabut Allah akan ilmunya dan menjadi lebih jahil dari orang bukan islam. minta dijauhkan perkara ini dari ilmuan Islam yang lain.

Anonymous said...

PM NAJIB KATA "NO TO HUDUD" . ITULAH YANG UMNO TIDAK BERUBAH. TEMAN TAK PANDAI BAB HUKUM. TAPI USTAD KAZIM LEBIH TAHU BAB HUKUM. JIKA KITA BERSETUNGKOL / BERSAMA DENGAN ORANG YANG MUNGKAR APA HUKUM NYA ?

Anonymous said...

Ya Allah kau selamatkan si Kasim ni dari kesesatan dan bakaran api neraka.Kembalikan ia kepangkal jalan

Anonymous said...

ustaz ni modal dia bersyukur je .. bukan ada modal lain pun.

Anonymous said...

Kita boikot ustaz $ nie. Sokong parti sekular tapi jadi ustaz. Mempergunakan islam utk kepentingan diri sendiri.


Anonymous said...

Ini bukan fenomena baru. Zaman pemerintah khalifah lg dah ada sbhgn ulama yg jual agama krn dunia bahkn Allah cerita setengah ulama yahudi dan nasrani ada yg sanggup ubah kalimah Allah dgn tgn2 jahat mrk.

Anonymous said...

teringat kata2 Tuan Guru Hj Salleh b. Musa.... ulama2, ustaz2 yang condong ke B end ni.. akhir2nya jadi kupang tembaga, tak laku seduit pun.. la ni glamour le... past ni ?????? hanya Allah yang mengetahuinya.....

antahberantah said...

Ostad raja lawak. Dia sedang mncari identiti...masih belum ketemu. ttp yang dia temui ialah RMRMRMRMRMRMRM...takdak fulus ostad mamfus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails