KL: Dua peguam, Americk Sidhu (peguam P
Balasubramaniam) dan Cecil Abraham bakal disapina oleh Mahkamah Perancis
untuk memberikan keterangan ekoran dakwaan penyelewengan pembelain
kapal selam Scorpean.
Menurut kenyataan Suara Rakyat Malaysia
(Suaram), Cynthia Gabriel dan peguam mereka, Fadiah Nadwa Akuan
Bersumpah satu dan dua (SD 1 dan 2) P Balasubramaniam kini menjadi isu
dalam penyiasatan oleh mahkamah Perancis ini.
Menurut kenyataan
itu, pada 19 April lepas kedua-dua mereka telah dipanggil secara
tergesa-gesa oleh peguam mereka di Perancis yang mengendalikan kes ini
iaitu William Bourdon dan Apoline Cagnat. Hakim yang
mengendalikan kes ini, menurut kenyataan Suaram, Roger LeLoire and Serge
Tournaire telah mendapat maklumat dari pelbagai sumber tentang kematian
wanita Monggolia, Altantuya Shaaribuu.
Dalam misi itu, mereka telah berbincang tentang:-
1) Penemuan penting tentang peranan Datuk Seri Najib Razak dalam skandal Scorpean dengan pembunuhan kejam Altantuya Shaaribuu.
2)
Penemuan baru berkaitan dengan SD 1 dan 2 dan penyataan PI Bala sejurus
sebelum kematiannya, tentang hubungan Najib dan keluarga secara
langsung dalam kes ini dan pendedahan peguam Americk Sidhu dalam
mesyuarat agung tahunan Majlis Peguam pada 16 Mac 2013.
3) Hakim
utama dalam kes ini, Roger Le Loire, telah meminta maklumat lanjut
bagaimana penyataan terkini berkaitan dengan penyiasatan yang sedang
berjalan.
Mahkamah Perancis sekarang melanjutkan siasatannya ke
atas maklumat berkaitan pembunuhan, khasnya dakwaan penyalahgunaan kuasa
oleh Najib selaku timbalan perdana menteri ketika itu untuk menutup
kebenaran di sebalik pembunuhan Altantuya.
4) Penyiasatan yang
sedang berjalan sangat sulit dan menunggu lampu hijau dari hakim untuk
didedahkan ke pengetahuan umum, harap-harapnya dapat dibuat beberapa
hari lagi.
Hasil dari misi ini, kata kenyataan itu, peguam
mereka telah memaklumkan kepada hakim maklumat terkini dan mencadangkan
adanya unsur-unsur jenayah di bawah Penal Kod. Ia termasuklah
menghalang keadilan oleh Najib melalui pembikinan SD 2 yang mempunyai
banyak unsur-unsur penipuan dan tidak mendapat pengarahan dari PI Bala.
"Sekurang-kurangnya dua pendedahan baru akan dibuat beberapa minggu ini selepas mendapat kebenaran hakim," kata kenyataan itu. (Hrkh)
No comments:
Post a Comment