Saturday, April 13, 2013

Kontraversi Penzina Tawar Diri Lawan T/Presiden PKR..

BALIK PULAU - Ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali menawarkan diri untuk bertanding menentang abangnya Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum kali ini. Katanya beliau yakin dengan kebenaran yang diperjuangkan selama ini beliau mampu mengalahkan Azmin baik di kawasan parlimen mahupun dewan undangan negeri yang ditandingi abangnya itu.
  
"Tetapi ini semua bergantung kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno. Saya yakin Azmin akan tersungkur kerana sebagai ahli keluarga saya tahu kelemahan beliau," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah 'bongkar', di Kampung Sungai Pinang, di sini malam tadi.
   
Pada masa yang sama Ummi berkata beliau akan terus menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penjelasan kepada rakyat mengenai isu berkaitan Azmin dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  
"Apa yang saya lakukan ini bukan kerja main-main kerana rakyat harus disedarkan supaya tidak tersalah memilih dalam pilihan raya nanti," katanya. - Bernama

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Ummi Hafilda Ali adalah adik YB Azmin Ali Timbalan Presiden PKR. Dia pernah di'kontraversi'kan sebagai penajis zina. Lihat... Mengaku Lakukan Hubungan Najis Zina Dg Ummi ...
(IH) 

3 comments:

Anonymous said...

...perjuangan dari si pejuang yg mengabaikan kewajipan yg wajib oleh Allah Pencipta seluruh Alam...wajarkah Hafilda dijadikan pilihan kita sdgkan belum pasti Pencipta memilih manusia sebegini sbg hambaNya yg tunduk kpd segala suruhanNya...wallah hu a'lam...

Anonymous said...

Ini Perempuan cari makan untuk hidup mewah di dunia ini. Perlukah aku percayapada apa yang di ucapkannya. Lihat lah pada perbadi dia, mampus dan bodoh lah aku jika membenarkan diri ini diperbodohkan oleh perempuan ini.Perempuan ini berada disebelah pihak yang secara terang dan nyata memilih DUNIA dan mungkin tidak percaya kepada kehidupan setelah MATI. DUNIA inilah SYURGA kepada mereka. Mereka percaya apabila MATI kelak hanyalah semata-mata mati dan tidak ada siksa KUBUR maupun NERAKA. MATI kepada mereka adalah mati segala-galanya yang cuma mati dan tidak akan dapat merasa apa-apa lagi. MATI bermakna MATI. Putus segala segala hal semasa HIDUP dan hanya MATI tanpa apa-apa rasa. Mereka tidak percaya bahawa MATI itu sebenarnya barulah BERMULANYA HIDUP, kehidupan yang abadi setelah kita lulus dalam ujian di DUNIA ini. SEbab itulah DUNIA ini terlalu penting untuk mereka. Semuga ALLAH memberi mereka petunjuk. Amin.

Anonymous said...

Anwar Ibrahim rileks je tak kecoh pon.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails