Saturday, April 06, 2013
Kuliah Tok Guru N/Aziz, Tarik Perhatian Orang Cina.
Cina mendengar kuliah Jumaat TG Nik Aziz di Dataran Ilmu, Kota Bharu
KOTA BHARU: Percayakah anda jika diberitahu kaum Cina juga mendengar kuliah Jumaat yang diberikan oleh Tuan Guru Nik Aziz di Dataran Ilmu, bersebelahan bangunan PAS Kelantan. Namun inilah yang berlaku yang disifatkan sebagai hasil kerjasama antara PAS, PKR dengan DAP di bawah Pakatan Rakyat yang telah membuahkan hasil yang cukup ‘manis’ untuk Islam.
Ini kerana golongan bukan Islam bukan sahaja boleh menerima perjuangan PAS, sebaliknya turut mendengar kuliah agama yang disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Semalam, sekumpulan masyarakat Cina dari Hulu Langat, Selangor telah berkesempatan mendengar kuliah Jumaat yang disampaikan Tuan Guru di Dataran Ilmu, Kota Bharu.
Lawatan mereka selama dua hari untuk meninjau perkembangan politik di Kelantan selepas Parlimen dan Dun Kelantan dibubarkan dua hari lalu, mereka mengambil kesempatan untuk mendengar kuliah Jumaat. Rombongan berkenaan mengambil tempat di ruang Pusat Penerangan PAS Negeri yang terletak di tingkat bawah bangunan PAS, Medan Ilmu.
Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, ketika diminta mengulas perkara itu turut mengakui berhubung fenomena itu. Malah menurutnya, ia bukannya perkara baru sekarang ini.
“Bukan hanya umat Islam yang melawat negeri ini mengambil kesempatan mendengar kuliah agama dari Tuan Guru, sebaliknya golongan bukan Islam juga,”ujarnya.
Sebelum ini ada seorang anggota Parlimen dari DAP mendengar kuliah agama Tuan Guru termasuk pemimpin masyarakat bukan Islam Kelantan sendiri, antaranya Kenny Chua. (Hrkh)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment