Tuesday, April 23, 2013

Lagi Bukti UMNO Gagal, PAS Perlu Ganti UMNO..


 
BACA berita di bawah ini..

Bayar RM15 masuk parti liar pangsapuri
Bentong: Ketika orang ramai sibuk mengikuti perkembangan penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Sabtu lalu, sekumpulan belia ‘kaki lalok’ mengambil kesempatan mengadakan parti liar yang menghidangkan dadah dan arak di dua pangsapuri bersebelahan, di sini.

Kumpulan 58 orang termasuk 19 perempuan berusia 19 hingga 29 tahun terbabit berhibur dengan dadah dan arak dalam pesta berkenaan sebelum diserbu anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong diketuai Inspektor Ng Tee Yian, jam 1 pagi Ahad lalu.

Difahamkan, peserta perlu membayar RM15 seorang untuk masuk ke dalam pangsapuri berkenaan sebagai tiket menyertai parti liar itu. Ketika serbuan, polis mendapati ada peserta yang terbaring di atas lantai dipercayai khayal akibat pengambilan dadah selain menemui beberapa jenis dadah seperti ketamin, eramin 5, pil serta serbuk Ectasy, ganja dan arak.


Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, ketika serbuan dilakukan, pihaknya mendapati keadaan dalam dua unit pangsapuri berkenaan bingit dengan muzik. “Kami sudah memerhatikan gerak-geri kumpulan itu ketika mereka mendaftar masuk pangsapuri berkenaan sebelum menyerbu.


“Polis percaya penganjur parti liar itu antara mereka yang ditahan namun siasatan lanjut masih dilakukan,” katanya dalam sidang media di sini, semalam. Mohamad Mansor berkata, siasatan awal mendapati nilai dadah dirampas dianggarkan lebih RM7,000 dan pihaknya percaya ia dibawa peserta.(myMetro)


Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Jelas, Pemimpin BN tak mampu tadbir negara. Makin lama tadbir negara makin parah. Kementerian Pendidikan gagal melahirkan manusia bermoral dan bertakwa. Guru atau pemimpin kencing berdiri, murid kencing berlari.
Hancus!..

PAS perlu ganti UMNO segera. UNDI PAS!



5 comments:

kampong lad said...

umno penyamun. bila pas ganti umno jgn jadi perompak sudah lah.

Anonymous said...

dalam tv dalam suratkhbar dok sibuk kata serbu sana sini. berkilo kilo dadah dirampas.

tapi masih juga ada kes mcm ni

memang tak masuk akal

memang ada yg tak kena, trust me

888jackaroo said...

anonymous 12.59pm: saya yakin & pasti siapa pun yg memerintah, benda2 begini akan berlaku... ini kerana, zaman sekarang kita dosogokkan dgn bermcm2 info & teknologi. jika dulu bhn2 terlarang ini dibawa masuk direct ke negara kita, sekarang mereka telah mampu buat sendiri... jadi bagaimana nak halang?

aku said...

asal tak betul je salah kerajaan/UMNO/BN...mak bapak kat rumah tak tau didik anak boleh la jawab kat akhirat nanti..
TQ

zaman said...

Masyarakat rosak kerajaan tak salah? Pegi belajar agama sikit, baru tahu. Masih duduk dalam tempurung kejahilan.. kebangsaan sempit..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails