Thursday, April 25, 2013

Malaysia Pimpinan BN, Jadi Hero Rasuah Dunia


SUMBER berita berpengaruh dunia, Wall Street Journal, WSJ yang dipetik oleh siaran berita Asia Today melaporkan bahawa Malaysia merupakan Juara Rasuah Dunia. Lebih malang laporan itu memaklumkan kadar rasuah Malaysia lebih buruk berbanding negara yang terkenal dengan rasuahnya iaitu Indonesia.

Selain itu Malaysia dilaporkan sebagai negara paling mudah menerima rasuah menurut kajian yang dijalankan oleh badan pemantauan rasuah dunia, Transparency International. Saksikan sendiri laporan berita Asia Today tersebut dalam rakaman di bawah ini.
 
Komen Weblog Ibnu Hasyim:

Mengikut Kajian Transparency International, Malaysia di bawah pemerintahan BN (tulang belakangnya UMNO) adalah negara yang paling kuat mengamal rasuah mengatasi Indonesia, Mesir dan Senegal. Dari jumlah responden yang di tanya berkaitan ' tidak dapat bersaing dalam perniagaan akibat rasuah' - 50 peratus menjawab ya.Ini bermakna kalau tak beri rasuah tak boleh berniaga. Ini bukan saja terbukti dari research tetapi juga di rasai oleh rakyat Malaysia keseluruhannya.

Ini bermakna peniaga yang ingin bersaing dengan sihat akan kalah bukan kerana produk atau perkhidmatan nya tidak baik atau sebut harga nya tidak manasabah tetapi kerana pesaing lain lebih berupaya merasuah pihak pihak tertentu untuk mendapat tender atau kerja kerja supplying barangan dan perkhidmatan. Kita tahu bahawa kebanyakan tender besar adalah tender kerajaan yang berharga berbillion ringgit.


Rasuah memberi kesan yang buruk kepada negara selain dari memadamkan semangat persaingan perniagaan yang sihat, Ia akan menyebabkan ketirisan duit negara akibat sebut harga yang tinggi melebihi harga sebenar. Rasuah menghasilkan projek yang kurang bermutu, saperti stadium runtuh dan kolam renang berkarat dan sekaligus menyebabkan kos maintainace yang tinggi. 


Ini semua membazir duit rakyat. Rasuah juga menyebabkan rosaknya kepercayaan rakyat kepada sistem kerajaan.Najib Razak pun secara terang-terangan memperkenalkan budaya rasuah "I help you, you help me"  Belum lagi kalau dinilai dari sudut agama yang menjadi agama bagi Persekutuan ini.

 Inilah masa nya rakyat menukar kerajaaan sebelum Malaysia menjadi Greece atau Italy. Cegah sebelum parah, tukar sebelum sukar di pulih. 

UNDILAH PAS (IH)

1 comment:

888jackaroo said...

saya begitu yakin dan pasti transperancy international akan melaporkan indek rasuah tu turun jika PR menang... walaupun keadaan masa itu sama sahaja dgn sekarang. ini kerana saya melihat, laporan2 yg di buat oleh badan2 antarabangsa ini lebih condong mengkritik kerajaaan sekarang dan mereka lebih condong kepada pembangkang. hubungan yg baik antara mereka ini tidak memustahilkan laporan mereka (jika PR memerintah) diterbalikkan. dalam ertikata indeks rasuah makin naik tetapi dikatakan turun... itu tidak mustahil berlaku...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails