Tuesday, April 16, 2013

Masalah Rumah Putrjaya, Bagaimana Selesaikan? -Husam


Husam bertemu dengan masyarakat Putrajaya dalam siri berkenalannya selepas diumumkan sebagai calon PAS di situ

KL: Menyedari masalah perumahan yang berlarutan di kota pentadbiran kerajaan calon PAS Putrajaya Datuk Husam Musa tampil memberikan ide-ide bagaimana untuk mengatasi masalah itu.

Husam (gambar) yang sedang rancak turun berkempen dan bertemu para pengundinya, rata-rata yang ditemui menceritakan masalah perumahan termasuklah harga rumah yang tinggi, bilangan rumah yang tidak cukup dan keluasan rumah yang tidak selesa.

Justeru, Husam menulis surat dan menterjemahkan beberapa cadangan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Mohd Ali Hamsa hari ini. Antara cadangannya itu, Husam mengesyorkan kerajaan agar tanah yang hendak dibina Perumahan 1Malaysia (Prima) di Presint 11 dijual kepada pihak lain kemudian wang itu digunakan untuk membeli tanah di pinggir Bukit Damar yang lebih murah.

Menurut Husam, tanah di Bukit Damar itu bernilai RM50 sekaki persegi di mana kerajaan boleh membina 20,000 unit rumah dengan kos yang lebih murah memandangkan jumlah pemohon Prima mencecah 16,000 orang.

"RM50 kaki persegi, bermakna kita ada untung RM70 kaki persegi kerana harga tanah di Presint 11 RM150 sekaki persegi.

"Dengan tanah lebih murah dan luas kita cadangkan bina 20,000 buah rumah bukan 10,000 buah cadangan asal dengan kos lebih rendah dan dengan ini dapat mengatasi keperluan penduduk di Putrajaya.

"Masa pengambilan tanah di Presint 11 dulu nilai tanah ini semua sekali RM700 juta  pada tahun 1993 dengan keluasan 5000 hektar atau 12,355 ekar. Harga seekar waktu pengambilannya RM50,657 bermakna RM1.70 satu kaki persegi. Sekarang RM120 hingga RM150 satu kaki persegi di nilai," kata Husam dalam sidang medianya di Pusat Media PAS Jalan Raja Laut.

Jadi, katanya, sekiranya Perbadanan Putrajaya menilai tanah tersebut dengan nilai sekarang harga rumah sudah tentu akan meningkat tetapi jika dinilai dengan harga asal harga rumah boleh dikurangkan.

"Kalau tidak mahu, kita boleh jual dengan nilai sekarang kemudian beli tanah di Bukit Damar, kita boleh dapat tanah yang lebih luas dan bina rumah lebih banyak," katanya.

Husam mengulas lokasi tapak perumahan baru untuk kakitangan kerajaan di Putrajaya yang diumumkan oleh KSN. Ali Hamsa mengumumkan pembinaan 10,000 unit rumah dengan kos RM2 billion sebaik saja Husam diumumkan sebagai calon. Sebaliknya hari ini Husam mencadangkan bajet tersebut digunakan membina 20,000 unit rumah di kawasan yang dicadangkan.

Husam turut memaklumkan, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bersama-sama beliau dalam program ceramah pada 17 April (esok) di Desa Pinggiran Putra pada jam 9.00 malam.

Turut bersama pada malam itu nanti calon PAS Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin. Sebelum itu, esoknya juga Ustaz Hadi akan bersama-sama Husam satu majlis minum petang pada jam 5.30 di Restoran Perantau Sungai Merab Bangi.

Dalam sidang media hari ini, Husam juga mengumumkan Hotline Aduan Putrajaya bagi membolehkan penduduk Putrajaya membuat sebarang aduan kepada beliau.

Mereka boleh menghubungi no 013-6350971 untuk membuat aduan. Untuk berinteraksi dengan team beliau pula, Husam memberikan nombor 019-3000005. (Hrkh)


Lihat ...
E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.
E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails