Sunday, April 21, 2013

M/PAS Ajak Kamilia Bersama Perkasakan Wanita


















Kamilia [kiri] dan Zailah...dua tokoh wanita

KOTA BHARU: Muslimat PAS Malaysia menjemput bekas Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim bersama wanita Pakatan Rakyat untuk merubah nasib rakyat khasnya kaum wanita. Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Yusof berkata tindakan pimpinan BN jelas tidak menghargai wanita apatah lagi jawatan menteri wanita juga dirampas Perdana Menteri.

"Untuk itu beliau wajar bersama Wanita Pakatan dalam membentuk agenda wanita untuk ubah nasib dan masa depan wanita," kata Zailah kepada Harakahdaily. Zailah juga alu-alukan Kamilia bertanding bebas bukan hanya sebagai protes, tetapi sebagai hadiah khas untuk pemimpin BN yang tidak menghargai kaum wanita.

"Kamiliah seorang peguam, cerdik, mampu berhujah dan rugi jika tidak dipandang
"Marilah bersama untuk kita menggerakkan martabat wanita di negara ini yang setakat ini hanya dipedulikan oleh pimpinan Pakatan Rakyat," katanya.

Calon wanita di seluruh negara bukan sahaja kekal tetapi semakin bertambah di setiap negeri. Tambahnya, tindakan Kamilia bertanding bebas juga wajar sebagai menebus maruah pimpinan yang tidak mengenang jasa perjuangan wanita sebelum ini. (Hrkh)

1 comment:

wan said...

pelawaan untuk jadi ahli biasa saya setuju, tapi kalau nak bagi jawatan 100% saya tak setuju,,,,, kenapa kita kalut nak ajak orang yang rekod dia dah kita tau masuk pas lepas tu janji bagi jawatan ,,, las2 jadi macam ibrahim katak baru nak kata silap... mana pengalaman kena tipu tu di simpan haa....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails