JOHOR BAHRU - Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas, Hu Pang Chaw dan
ketua wanita sayap itu, R. Kumutha Raman merupakan antara calon bukan
Melayu akan bertanding menggunakan tiket Pas di Johor pada Pilihan Raya
Umum ke-13 (PRU).
Ketua wanita Himpunan
Penyokong PAS, R. Kumutha Raman (tengah) merupakan antara calon bukan Melayu
akan bertanding menggunakan tiket Pas di Johor pada Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU).
Pang Chaw akan bertanding di kerusi Parlimen Ayer Hitam manakala
Kumutha pula di kerusi Dun Tiram, kata laporan Star Online hari ini. Menurut laporan itu, Pas akan bertanding di lapan kerusi Parlimen dan 30 kerusi Dun di Johor.
Calon-calon bertanding diumumkan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini. Dewan Himpunan Penyokong Pas dinaikkan taraf sebagai sayap sah Pas tiga tahun lalu. (IH)
No comments:
Post a Comment