Wednesday, April 10, 2013

Pelakon Ini Dimita Jadi 'Suami' Seorang Penerbit Drama.. He Jijik!

Foto SHAZRIL menunjukkan laporan polisnya.

HALAMAN HIBURAN

Kuala Lumpur: “Tindakan biadab penerbit itu mahukan saya menjadi ‘suaminya’ dan tinggal serumah amat menjijikkan. Kalau itu yang dia mahu, saya bukanlah orangnya,” kata pelakon baru, Norshazril Ahmad, 24, atau Shazril Ahmad.

Itu nasib buruk menimpa Shazril yang baru lima bulan bergelar anak seni. Dia dijadikan sasaran seorang penerbit drama yang menawarkannya watak utama sebuah produksi sekiranya sanggup menjalinkan 'hubungan songsang' dan tinggal bersama lelaki berkenaan.

Mendedahkan perkara itu, pelakon drama Hujan siaran TV3 itu berkata, dia mengenali lelaki itu pada 10 Mac lalu selepas mengetahui produksi miliknya memerlukan pelakon.

“Pada 12 Mac, dia menjemput saya untuk menghadiri sesi uji bakat drama sebelum saya ke Ampang dua hari kemudian bagi tujuan itu. Berdasarkan pengalaman membintangi empat drama, saya yakin untuk mendapatkan watak itu.

“Namun, selepas tamat uji bakat, dia menyatakan saya hanya layak diberikan watak sekiranya sudi menjadi ‘suaminya’, menjalinkan hubungan songsang, memeluk dan menciumnya selalu,” katanya.

Komen Webog Ibnu Hasyim: Hee jijiknya, teringat kisah kaum Nabi Lut AS, diterbalikkkan buminya kerana homo seks.. Malaysia pun nak jadi begitu, atau dah jadi pun?

4 comments:

suahati said...

Yekeeee...atau marah pasal tak layak jadi hero kot......hihiiii xpa nnt mahkamah akan tentukan. duniaaaa seni semuanya.

Anonymous said...

TAWAU : Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Nasir Tun Sakaran memberi jaminan kerajaan akan menepati janji untuk menyerahkan geran milikan tanah kepada 776 peneroka Felda Umas-Umas.

Nasir yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Felda Wilayah Sabahat, berkata pada masa ini kerajaan dan Felda masih dalam proses melaksanakan pemberian geran tanah itu.

"Kita (Felda) dalam proses menyediakan perkara-perkara perlu sama ada yang berkaitan dengan Felda sendiri atau Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah bagi melaksanakan penyerahan geran kepada peneroka berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Usahawan dan Koperasi Peneroka Felda 2012, di sini Ahad.

Sehubungan itu, Nasir menasihati peneroka Felda Umas-Umas agar bersabar dan memberi ruang kepada Felda dan pihak berkuasa berkaitan menguruskan perkara terbabit kerana pada akhirnya geran itu tetap menjadi hak mereka.

Peneroka tidak perlu mendengar khabar angin yang cuba disebar pihak tertentu berkaitan geran berkenaan kerana kerajaan tetap akan menunaikan janji, katanya. (Bernama)
..............................
BILA BN SABAH MAU TUNAIKAN JANJI INI.JANJI TELAH DIROTIBOMKAN OLEH PEMIMPIN BN

.....................................
MENGAPA PENEROKA SEMENANJUNG CEPAT SAHAJA MENDAPAT GERAN SETELAH BAYARAN KEMBALI TELAH DILANGSAIKAN SEDANGKAN DI SABAH DILAYAN MACAM HAMPAS

Anonymous said...

Harap Saiful Bukhari dapat keadilan.
Kalau tak dapat kat dunia, insyaAllah di akhirat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails