KOTA BHARU: "Saya sepatah pun tidak sebut nama Nik Muhammad Abduh supaya dicalonkan. Semua calon wakil rakyat yang dipilih bertanding sebagai mewakili saya," kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menteri Besar itu berkata, pemilihan tersebut berdasarkan pengalaman anaknya yang sudah lama berkecimpung dalam arena politik.
“Pencalonan Nik Abduh pada pilihan raya umum ini tidak boleh dikaitkan dengan kronisme atau kekeluargaan,” katanya kepada media selepas perasmian pembinaan dan pelancaran tabung Masjid Al Ihsan Taman Maju hari ini.
Malam tadi Nik Abduh turut disenaraikan sebagai calon PAS yang akan bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas. Nik Abduh merupakan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat. Oleh itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, pencalonan anaknya itu tiada kaitan sebagai kapasitinya sebagai anak Pesuruhjaya PAS Kelantan.
Menurutnya juga setiap calon PAS yang dipilih akan bertanggungjawab terhadap Nabi Muhammad saw bagi menjaga agama Islam.(Hrkh)
2 comments:
"perjuangan yg paling suci di dunia ini adalah perjuangan org2 PAS menuju ke PUTRA JAYA"...bagaimana perjuangan para nabi dan rasul yg terdahulu..??....dia ni nk jadi pemimpin....rosakkkkkkkkkkk
kATA PUAK BAHLUL..
Post a Comment