BELIAU (gambar) adalah Maimun Yusof, 94, mengesahkan akan bertanding bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum (PRU-13) apabila hadir ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri untuk mendapatkan borang pendaftaran calon kira-kira pukul 10 pagi semalam.
Ini merupakan PRU kedua yang ditandingi oleh Tok Mun selepas tewas pada PRU yang lalu kepada Allahyarham Datuk Razali Ismail (BN) dengan 32,562 undi dan Mohamad Sabu (Pas) yang memperolehi 31,934 undi.
Bagaimanapun, Tok Mun yang bertanding atas tiket Bebas dengan menggunakan simbol kunci pada ketika itu berjaya memperolehi sebanyak 685 undi. Dijangkakan, Tok Mun sekali lagi akan menjadi calon tertua pada PRU kali ini.
Apa motifnya? Fikir-fikirlah! Atau tanya beliau sendiri. (IH)
1 Comment - Show Original Post
- Tembakau Jawa said...
- Tujuan tok Mun bertanding pru adalah untuk memecahkan undi, pada
pru12 mat sabu mungkin berpeluang menang sekiranya orang tua ni tak
kacau daun.Dari mana dia dapat duit untuk bayar deposit bertanding,buat
poster dan kempen. Ini mesti ada dalang yang sponsor.