Monday, April 29, 2013

Putrajaya Dalam Bahaya. Balik K'tan Jual Goreng Pisang -Dr Mahathir


PUTRAJAYA: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menyerang calon PAS Datuk Husam Musa bertubi-tubi di ceramahnya semalam memberi petunjuk bahawa Putrajaya dalam bahaya buat BN.

“Saya datang sebab saya tak mahu Putrajaya jatuh kepada orang yang tak sepatutnya, tentukan Husam dikalahkan dengan teruk sekali,” kata Dr Mahathir ketika berceramah di Presint 9, Putrajaya kelmarin bertajuk Pertahankan Putrajaya.

Dalam ucapannya juga semalam, Mahathir dengan angkuhnya merendah-rendahkan Husam dengan berkata;

“Balik betulkan Kelantan dahulu. Kalau dah berjaya baru mohon izin untuk bekerja di Putrajaya. Kalau dia nak jual goreng pisang pun saya benar. Itu latihan terbaik untuk jadi PM, bagi kuali,minyak kelapa dah pandai baru bercita-cita jadi PM.

“Sebelum daripada itu duduk diam-diamlah di Kelantan, itu tempat tinggal kamu. Tiru presint-presint di Putrajaya ini. Buat pejabat-penjabat dan rumah yang baik di Kelantan, Selepas itu baru minta kerja di Putrajaya,” kata Mahathir.

Mahathir terlupa, jikalau bukan kerajaan pusat menyekat duit royalti pada Kelantan, sudah pasti Kelantan hari ini jauh terkehadapan berbanding mana-mana negeri BN. Persoalan yang terpenting yang perlu dibaca daripada cacian Mahathir ialah; jika Putrajaya kubu kuat Umno BN, mengapa ada terlintas di fikiran Mahathir bahawa Putrajaya akan jatuh kepada “orang yang tak sepatutnya.”

Pertanding di P125-Putrajaya ini adalah antara Husam dan calon BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Kedua-duanya bukan berasal daripada Putrajaya. Tengku Adnan berasal daripada Melaka. Kedua-duanya bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Jadi apa kriteria “orang yang tak sepatutnya” bagi Mahathir. Mahathir juga  berasal dari Kedah, perlu balik Kedah ke?

Selepas Mahathir, kata sumber Umno itu, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak akan turun padang menyelamatkan Putrajaya. Husam, katanya, harus berdepan dengan serangan Najib pula. (IH)

3 comments:

Anonymous said...

KASIHAN AMBO TENGOK MAMAK NI. TAK TAKUT KE DIA DENGAN ALLAH. BONGKAK DAN SOMBONG MENGALAHKAN FIRAUN.TAK SALAH RAKYAT MELABELKAN MAMAK NI MAHAFIRAUN.

Anonymous said...

Tun adalah pejuang Islam yg sebenarnya. We love u Tun.

Anonymous said...

Pejuang Islam??? kenapa bersetuju dgn industri minuman keras dan judi, cer cerita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails