Sunday, April 14, 2013

Putrajaya: Husam Masuk, Tengku Adnan Mundur.. Mengapa?

KL: Hasrat Datuk Husam Musa untuk bertembung dengan Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor di Putrajaya dalam pilihan raya umum kali ini mungkin tidak akan kesampaian. Ini kerana, angin semakin kencang bertiup kononnya Tengku Adnan tidak akan diletakkan sebagai calon di Putrajaya kali ini.

Ini ekoran satu laporan polis dibuat ke atas beliau kerana menampar seorang pemimpin Umno tempatan yang datang berjumpa beliau. Laporan polis yang dibuat di Balai Polis Presint 7, 5 April lepas itu dipercayai menjadi pukulan terakhir untuk mengenepikan beliau sebagai calon Putrajaya. Sebelum ini, media mula memainkan berita kononnya Tun Dr Mahathir sendiri akan bertanding di Putrajaya.

Nama rakan Khairy Jamaludin, Zaki Zahid (gambar kanan) juga disebut-sebut bakal bertanding di Putrajaya. Namun hubungan beliau dengan Khairy dipercayai menjadi penghalang utama kepada pemilihan beliau sebagai calon. Zaki Zahid sebelum ini adalah Ketua Unit Dasar Pejabat Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi.

Di sebalik itu, sebuah akhbar melaporkan Dr Mahathir yang sibuk berkempen seluruh negara sekarang berminat untuk bertanding di sana. "Sumber Sinar Harian yang mendapat maklumat daripada Pejabat Perdana Menteri juga mengesahkan tentang pertemuan antara Najib dan bekas perdana menteri itu baru-baru ini," lapor akhbar itu.

Ekoran itu, NGO yang berpusat di Kelantan, 'R' menyatakan kesediaan mereka untuk bertemu dengan jentera Mahathir di Putrajaya.

"Nampaknya Tun Mahathir risau bandar kebanggaannya iaitu Putrajaya tumbang ke tangan "Sultan Muhammad Al Fateh Melenium" aka  Dato Husam Musa," tulis Presiden R5, Nazri Deraman kepada Harakahdaily.

Bagi beliau, kerisauan Tun Mahathir ada sebabnya, kerana Tengku Adnan Mansor dilihat tidak berupaya langsung untuk melawan tokoh besar itu. Bagi beliau, pengunduran Tengku Adnan akan dilihat memberi kemenangkan moral yang besar kepada seluruh jentera Pakatan Rakyat untuk memenangi PRU13 nanti.

Dilihat juga kenyataan arwah Ustaz Fadzil Noor, mantan Presiden PAS yang mendoakan Mahathir lanjut usia bagi Tun melihat kemusnahan yang pernah dilakukan sewaktu memegang jawatan PM dulu menjadi REALITI dgn Kekalahan Tun Mahathir di tangan Husam Musa dalam bandar rekaannya, tulis Nazri lagi.

"InsyaAllah kami yakin dan percaya, rakyat Putrajaya dan Malaysia tidak sabar untuk melihat pertempuran paling sengit di Malaysia dalam PRU13 nanti di Putrajaya dan tumbangnya BN di Malaysia," kata Nazri.

Bagi beliau, kerusi Putrajaya akan dinilai oleh masyarakat dunia, kerana ia merupakan pusat pentadbiran Malaysia.

"R menyokong penuh kesediaan Dato Husam Musa untuk bertanding di Parlimen PUTRAJAYA, dan akan mengerahkan seluruh jentera dan aktivis R seluruh negara bagi membantu jentera kempen di Putrajaya.
"Ayuh jadilah Sukarelawan R untuk menumbangkan Tun Mahathir dan mana-mana calon BN di Putrajaya, untuk Malaysia BARU," ajak Nazri kepada semua penyokong Pakatan Rakyat. (Hrkh)

3 comments:

batu pelangi said...

Pemimpin2 UMNO masih takut dan kecut
teloq dengan mamak celaka ini. Mereka
sepatutnya sedar yang celaka inilah
yang menjahanamkan negara ini. Tapi
nak buat macamana dah mereka2 ini
pun 2x5 juga. So pi JAHANAMLAH dengan
UMNOYAHUDI ini. A.B.U!!!!

Anonymous said...

Mengelak Politik Jijik Pilihanraya

Bagi mendaulatkan Institusi Raja, Institusi Raja mestilah dikembalikan Kuasa
Perlembagaan untuk pembersihan. Semua kerusi Parlimen dan Negeri semas mesti
dicalonkan kepada kerabat raja negeri masing-masing. Jadi, Institusi Raja
diwarisi mengikut warisan, dan Parlimen serta Negeri di buat secara undian.
Kelak jawatan Perdana Menteri akan dipilih mengikut giliran dari Menteri Besar
negeri mengikut giliran negeri perlantikan DiPertuan Agong.

Bagi undian semasa, Ahli Parlimen yang berjaya akan dilantik memegang portfolio
Menteri Parlimen dan yang tidak mempunyai portfolio akan dilantik senator.
Timbalan Menteri pula akan dipilih dari Ketua Jabatan yang baru bersara, kerana
sememangnya mereka lebih arif tentang jabatan masing-masing dibanding dari
menteri seperti yang banyak kali didedah. Sebagai pesara, Timbalan Menteri telah
berpencen maka tidak perlulah gaji kecuali elaun. Bekas Panglima Tentera sebagai
Timbalan Menteri Pertahanan, bekas IGP pula Timbalan Menteri Dalam Negeri, dsb.
Barulah bertepatan Askar/Polis/Kastam DiRaja di bawah Raja.

Pada pilihanraya akan datang, tiada lagi pilihanraya. Menteri akan meletak
jawatan dan Timbalan Menteri akan menjadi Menteri dan pesara yang baru pula
dilantik Timbalannya. Begitu juga Perdana Menteri akan diganti Menteri Besar
dari negeri DiPertuan Agong. Tidak ketinggalan wakil rakyat Negeri yang turut
mengundur diri. Oleh itu kita akan mendapat Menteri yang memang pandai kerja
dan bukan pandai politik. Fitnah dan politik jijik pilihanraya juga insyaAllah
dapat dielakkan dari diwarisi generasi akan datang.

Undian yang akan diteruskan hanyalah bagi melantik Menteri Besar dari kalangan
ketua-ketua majlis negeri masing-masing setiap kali ada kekosongan. Ketua-ketua
kampung yang sekian lama terpinggir juga akan memenuhi majlis sebagai ahli majlis
mengantikan wakil rakyat. Barulah setiap kawasan akan ada personal touch kerana
diwakili oleh penduduk tempatan yang lebih faham masalah on the ground dari
'kejahilan akibat sistem undi parti bukan calon'.

Pembersihan ini perlu dibuat bagi membaiki kerosakkan yang sengaja dilaku keatas
Melayu Islam/Institusi Raja yang 'mudah lupa' pada dosa lalu mereka pada
keturunan yang tidak lupa ini yang tidak akan berani bertanding di Gelang Patah.
http://untoldhistoriesofmalaya.blogspot.com/2012/01/untold-history-brassall-hh-ibrahim-40.html

Anonymous said...

Kalau menang kali ini baguslah... kemudian buat tawaran kepada semua tentang hajat nak lelongkan Putrajaya.... jual murah-murah ye...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails