SIAPA sangka serangan pada buah zakar membuat seseorang terkorban. Ini terjadi pada seorang lelaki di China yang meninggal dunia kerana buah zakarnya dipicit atau diramas dengan sangat kuat.
Pelaku adalah seorang ibu yang sedang menjemput anaknya dari sekolah di distrik Meilan, kota Haikou, provinsi Hainan. Diberitakan Daily Mail minggu ini, pelaku tidak disebut namanya, telah berselisih dengan seorang lelaki yang melarangnya letak motosikal letrik depan kedai lelaki itu.
Wanita ini meradang, tak mahu ikut arahan, lalu mengancam akan mengadu pada suami dan kakaknya. Tetapi, tiba-tiba tangannya menangkap buah zakar mangsa yang berusia 42 tahun itu, dipicit dan diramasnya dengan kuat. Membuat lelaki itu itu kaku, kejang-kejang, tidak boleh bercakap.
"Aku picit sampai kau mati, kau tidak boleh dapat anak lagi," kata wanita itu, berdasarkan pengakuan saksi.
Mangsa jatuh terkapar di tanah, meninggal dalam perjalanan menuju hospital. Pelaku kini diadili atas kes pembunuhan. Dr. Irwin Goldstein, urologi dan direktur San Diego Sexual Medicine mengatakan, serangan dahsyat pada buah zakar memang boleh membuat seseorang itu, meninggal dunia.
"Ya, testis sangat sensitif jika disentuh dan ada aliran deras adrenaline ke organ ini. Serangan di bahagian ini dapat membuat seorang lelaki tidak boleh bergerak, terkapar atau terlangkup. Boleh juga menimbulkan serangan jantung," kata dia, diangkat dari situs Gizmodo.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Inilah salah satu cara untuk mengelakkan diri dari dirogol, bagi wanita atau gadis. Wanita kena belajar teknik ilmu pertahan diri cara ini, antara salah satu kaedah mengatasi masalah rogol. Mudah-mudahan bermanfaat! (IH)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-64: Rogol Di India
No comments:
Post a Comment