Tetapi ceramah Aishah di Seremban tempoh hari dihadiri oleh 50 peratus golongan wanita termasuk gadis remaja. Golongan gadis dan wanita yang hadir pada malam itu dalam lingkungan umur 21 tahun ke 50 tahun. Daripada jumlah hadirin lebih 10,000 orang itu, jika separuh daripadanya adalah gadis remaja dan wanita, ini bermakna Aishah mempunyai kekuatan menarik sokongan kaum hawa.
“Kita sedia maklum sejak sekian lama PAS dan Pakatan Rakyat masih tidak mendapat sokongan majoriti golongan wanita jika dirujuk kepada keputusan PRU ke-12 dan sebelum itu.
“Golongan wanita Melayu merupakan golongan paling liat untuk mengundi calon Pakatan Rakyat. Saya kira jika kita letak Aishah sebagai calon PRU di Jempol, kita mampu mendapat penambahan undi yang drastik daripada pengundi wanita dan anak muda,” kata pemimpin tersebut.
Pemimpin itu turut merasakan status ibu tunggal Aishah juga “carry weight” dan pengundi yang berstatus ibu tunggal di Jempol tidak akan teragak-agak akan memberikan undi kepada Aishah.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Remaja di Jempul, perlu sokong Aishah, buktikan bahawa bekas artis wanita yang berpegang teguh kepada Islam juga layak jadi pemimpin negara.
Sumber: wasukalu.com
Lihat sebelum ini mengenai Aishah..
- PRU 13: Aishah Bertanding Parlimen, PAS/PR Hormati...
- Artis Aishah, Isytihar Kahwin Elak Fitnah, Alhamdulillah!
- Penyanyi Aishah Kahwin Di Thai, Daftar Di M'sia, Mengapa?
- Andainya Saya Belum Bertudung... -Artis Aishah
- Penyanyi Aishah Lebih Cerdik Dari Menteri Penerangan...
- Boikot Produk Yahudi N/Aziz. Demo Wan Aishah
- Bekas Artis Aishah Bertanding Di Parlimen Jelebu?
- Aishah Jadi Ahi PAS, Ceramah Bersama N/Aziz..
- Mengapa Tak Dakwah Saja, Jangan Poitik -Aishah.
- Artis Popular Aishah: Fasa 2, Dlm Hidup Dpt Hidayah
No comments:
Post a Comment