Friday, April 19, 2013
ROS, Tarik Balik Surat, Hingga 3 Ptg Ini! -DAP
KEMASKINI
KL: DAP memberikan masa sehingga jam 3 petang ini kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menarik balik suratnya yang menyatakan kepimpinan DAP tidak sah.
Jika gagal berbuat demikian, kesemua calon DAP akan bertanding di atas tiket PAS di Semenanjung dan di atas tiket PKR di Sabah dan Sarawak. Keputusan ini dicapai DAP dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) mereka malam ini. Petang semalam DAP menerima surat dari ROS menyatakan kepimpinan DAP yang ada tidak diiktiraf oleh mereka.
"Dengan tidak mengiktiraf kepimpinan DAP yang dipilih oleh perwakilan pada 15 Disember 2012 lalu, saya tidak mempunyai kuasa sebagai Setiausaha Agung untuk mengeluarkan sebarang surat kuasa kepada calon-calon DAP untuk menggunakan simbol roket," kata Lim Guang Eng, Setiausaha Agung DAP dalam kenyataannya yang dikeluarkan selepas mesyuarat tergempar itu.
Bagi beliau, adalah tidak berguna untuk bergantung di atas jaminan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan simbol DAP iaitu roket ketika SPR mempunyai rekod buruk dalam mematuhi janjinya sendiri. Bagi beliau, surat ROS yang dikeluarkan 48 jam sebelum hari penamaan calon yang jatuh pada 20 April adalah satu usaha untuk membunuh DAP dengan memaksa kesemua calonnya menjadi calon bebas.
"Jelas ROS berniat untuk menculik Roket untuk memenuhi grand design BN untuk mengeluarkan DAP dari bertanding dalam pilihan raya umum.
"Sehubungan itu, CEC DAP menyeru semua pemimpin, ahli serta penyokong DAP bertenang dan biarlah rasa marah kita diterjemahkan dalam kotak undi pada 5 Mei 2013 nanti," kata Lim Guan Eng.
Sementara itu, Pejabat Agung PAS sudah bersiap sepenuhnya untuk mengeluarkan surat kuasa bagi membolehkan calon-calon DAP bertanding atas tiket PAS dengan mengguanakan simbul PAS.
Ia disiapkan oleh kakitangan ibu pejabat PAS itu bagi membolehkan semua calon DAP di Semenanjung menggunakan simbol PAS dalam pilihan raya ini. (Sumber Hrkh)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment