Monday, April 22, 2013

Salleh Man Paling Kuat Di P.Pinang, Tahniah!

KEMASKINI

INI gambar Ustaz Salleh Man ketika hari penamaan calon di IKBM, Bukit Mertajam. Salleh Man ialah orang Pas yang paling kuat di seluruh Pulau Pinang sebab dia merupakan Pesuruh Jaya Pas Pulau Pinang sejak sekian lama.

Aku dengar ada segelintir puak Pas yang menentang Salleh Man kerana dituduh lembab dan tidak melakukan sesuatu yang luar biasa terhadap perkembangan Pas di Pulau Pinang. Tetapi sekuat mana pun tuduhan mereka itu, ternyata Salleh Man tidak dapat digugat dari terus diberikan kepercayaan untuk mengepalai negeri Pulau Pinang.

Berikutan isu pertindihan calon di Sg Aceh antara Pas dan PKR, ramai orang mengkritik keadaan yang telah berlaku itu. Ada berbagai-bagai andaian dan tuduhan akbat daripada peristiwa tersebut.

Antara yang paling terkenal yang aku dengar adalah kononnya Yusni Mat Piah telah diarahkan oleh pimpinan atas untuk menarik diri dari bertanding dengan Cikgu Bard, tetapi beliau engkar kepada arahan parti.

Bersama Anwar Ibrahim
Berdasarkan sebaran cerita seperti itu maka ramailah di kalangan penyokong Pas dari para Ustaz yang mengherdik Salleh Man kerana engkar arahan dan tidak wala' pada pemimpin.

Namun daripada pencerahan TG Haji Hadi berkenaan tindihan tersebut maka ada beberapa perkara baru yang aku pelajari daripada peristiwa ini:

  1. Salleh man buat benda yang betul dan patutlah beliau masih berada di tempatnya sebagai PJ sehingga sekarang. Beliau sentiasa taat pada pimpinan Pusat Pas.
  2. Walaupun penentang Ustaz Salleh Man kata dia lembab, namun ternyata mereka yang berkata begitu merupakan golongan yang tidak kuat dan besar kemungkinan adalah golongan yang melawan arus kepimpinan Pusat.
  3. Cikgu Bard berkemungkinan punyai salah satu daripada dua identiti berikut:
    1. Merupakan pengedar pil syabu
    2. Merupakan peminat dan pemuja tegar Karl Marx, Lenin dan lain-lain pelopor idea komunisme.
 Sebab apa aku kata begitu? sebabnya itulah alasan yang dikemukakan oleh TG Haji Hadi ketika menerangkan kenapa terdapatnya pertembungan 3 penjuru dan pertindihan antara Pas dan PKR.

Apa yang pasti adalah, Salleh Man dan orang yang diletakkannya di Sg Aceh bukanlah golongan Lenin atau, pengedar syabu...dan mereka yang menentang kepimpinan Pas Penang sekarang mungkin perlu periksa samada mereka ada menyimpan gambar dan risalah karl Marx atau lenin atau sebarang ideologi komunisme.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Tulisan ini diagkat dari Blog 'Warta Shub di bawah tajuk Orang PAS paling kuat di Pulau Pinang.  Masih belum minta izin, tetapi sekali gus baru mita izin sekarang. Weblog ini hanya sampaikan. Tahniah kepada Ustaz Salleh Man.

Terbaru, dari Harakah..

KUALA LUMPUR: PAS memutuskan untuk menyerahkan kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh, Pulau Pinang dan Panti di Johor kepada PKR.

PKR pula menyerahkan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera kepada PAS. Manakala kerusi DUN Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara PAS dan PKR.



Bersama Polis yang mengawa pusat pencalonan. Salleh man kenal semua polis di kawasannya.

4 comments:

judi bola said...

bener banget tuh gan,, gokil keren banget tuh orang saleh banget gan

Tembakau Jawa said...

Pengedar pil syabu ? kah,kah,kah, siapalah yang buat tuduhan palsu lagi merepek ni, mengarut betul baik tuduh dia jadi bapak ayam ke pengedar senjata api ke nampak jugak logiknya. Bab puja bapak-bapak komunis tu aku kurang pasti tapi rasanya takde kot tak pernah dengar dia puji secara terang atau secara halus komunis ni. Tapi aku tahu seorang blogger dari Negeri Sembilan tempat Rais Yatim tu memang hardcore komunis. Blogger ni bukan takat puja lagi tapi mungkin dah sampai tahap sembah bapak-bapak komunis ni. Dia ni dulu pernah duduk kat eropah lari dari kena tangkap masa zaman demonstrasi pelajar tahun 1970an.

XUMNO said...

Isu pertindihan calon dah selesai dengan semangat ukhuwah. Inilah yang dikehendaki oleh islam. Satu petunjuk bahawa Pakatan Rakyat memang satu pakatan yang utuh.Pas melakukan yang terbaik untuk Pakatan, bersedia dengan sebarang kemungkinan.Sekarang fokus kita ialah hendak menjatuhkan rejim korup Umno/BN dari tampuk pemerintahan melalui PRU13.

888jackaroo said...

XUMNO: saya Xmahu cerita ttg chegu bad ke apa ke... statement anda; hendak jatuhkan rejim korup umno/bn. bagaimana anda hendak pastikan PR tidak akan berbuat yang sama dgn apa yg anda dakwa?
1. adakah anda akan berada dalam SPRM & POLIS? Jika anda akan berada dlm SPRM @ POLIS sy akan lebih percaya kerana drpd statement anda, anda mmg Xsuka korup.
2. adakah kita akan bangkit (demo lagi) jika perkara berkenaan berlaku? sampai bila hendak demo lagi? sampai penat? bila nak membangunkn negara?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails