(REUTERS/Ibraheem Abu Mustafa)
KHALED Meshaal (56), pemimpin veteran Palestin, kembali dipilih sebagai pemimpin gerakan Hamas pada Isnin malam di Kairo. Proses pemilihan dilakukan secara diam-diam dan tertutup.
Hanya beberapa orang saja yang hadir dalam pemilihan tersebut, yakni mereka yang tinggal di Palestin dan pendukung gerakan Hamas. Dilapor berita Xinhua, Selasa 2 April 2013, Meshaal terpilih secara aklamasi.
Semula, Meshaal sempat mengatakan tidak mahu dipilih lagi sebagai pemimpin Hamas. Namun, seorang sumber Xinhua mengatakan beberapa perwakilan dari Qatar, Mesir, dan Turki meminta Meshaal untuk tetap terus maju dan belum masanya bersara. Selain mereka, beberapa ahli Majlis Syura termasuk dari daerah Gaza juga ikut menyokong pencalonan kembali Meshaal.
"Keputusan ini disokong penuh dari Mesir dan Qatar. Terlepas dari aturan internal yang melarang pejabat Hamas terpilih dua kali berturut-turut," ujar pakar politik Timur Tengah yang berpengkalan di Palestina, Qadder Yassen kepada Xinhua.
Sementara itu, ajudan Perdana Menteri Palestin, Ahmed Yousef mengaku tidak hairan dengan banyaknya dukungan yang mengalir untuk Meshaal. Menurutnya, pendiri gerakan Hamas itu memainkan posisi penting di Timur Tengah sehingga memperoleh rasa hormat dari beberapa negara terutama Turki dan Mesir.
Gerakan perlawanan Hamas didirikan di Gaza pada tahun 1987 oleh Meshaal. Pemimpin gerakan ini termasuk Meshaal menolak untuk mengakui Israel sebagai negara independen dan mengecam tindakan kekerasan yang dilakukan Israel selama menjajah di Palestin.
Meshaal, kiri, berusaha untuk berdamai dengan pemimpin Fatah, Abbas tetapi dihalang oleh golongan konservatif di kedua-dua belah pihak [Gallo / Getty
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pemilihan semula Khaled Meshall dapat memulihkan usaha perdamaian yang terhenti antara Hamas (Kalau di Malaysia macam parti Islam/PAS) dan saingan politik beliau, Mahmoud Abbas (Macam UMNO/parti kebabgsaan) di Palestin, presiden Palestin yang disokong Barat yang berpangkalan di Ramallah, Tebing Barat.
Meshaal telah berusaha untuk usaha perdamaian, tetapi telah disekat oleh golongan konservatif Hamas di Gaza yang khuatir perjanjian perpaduan akan memberikan Abbas tapak baru di Gaza dan melemahkan cengkaman Hamas di wilayah berkenaan.
Tahun lepas, Meshaal dan Abbas, yang mempunyai hubungan yang baik, membuat satu perjanjian di mana Abbas akan mengetuai sebuah kerajaan interim teknokrat di Tebing Barat dan Gaza. Kerajaan ini akan membuka jalan untuk pilihan raya umum.
Walau bagaimanapun, perjanjian itu tidak berjaya dilaksanakan kerana mendapat tentangan dari pemimpin Hamas di Gaza dan tokoh-tokoh kanan dalam gerakan Fatah. Minggu lepas, Emir Qatar mengutarakan satu cadangan untuk mengadakan persidangan perdamaian di Mesir dalam minggu-minggu mendatang untuk menubuhkan satu jadual waktu bagi membentuk kerajaan sementara dan mengadakan pilihan raya.
Ditanya mengenai persidangan tersebut Isnin lalu, Abbas kelihatan berbelah-bahagi. Bercakap di Ramallah, beliau berkata beliau akan menghadiri persidangan tersebut jika dijemput, tetapi, "pada dasarnya, tiada masalah antara kami sehingga memerlukan usaha-usaha sebegini".
Yang jelas , 'Semuanya Hijau' (bendera HAMAS juga berwarna hijau) berkibar lagi di bumi Palestin, Khaled Meshall dipilih lagi menerajui perjuangan menghapuskan Israel dari peta dunia. (IH)
Lihat betul-betul.. Bendera PAS di tengah ribuan bendera HAMAS di Palestin. Menandakan perjuangan mereka sama.. untuk Islam! Semuanya hijau..
Lihat sebelum ini..
No comments:
Post a Comment