Monday, April 29, 2013

SPR Lembab, 7 Pengundi Pos Berulang?

Anwar pernah  menyelar sikap tidak bertanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya yang masih lagi gagal menyelesaikan beberapa isu penting. — Gambar file

KUALA LUMPUR: PAS menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan berhubung tujuh nama pengundi pos yang berulang dalam daftar pemilih pengundi pos pada 23 April lalu. Penolong Setiausaha Agung PAS, Ahmad Sabki Yusuf berkata, mereka telah menerima laporan terdapat nama-nama pengundi pos yang muncul dua kali di Parlimen Temerloh.

Katanya perkara tersebut disedari oleh petugas PAS dan segera membuat bantahan apabila ada cubaan untuk mengeluarkan sekali lagi kertas undi kepada nama-nama tersebut.

"Di Temerloh, PAS berjaya mengesan sekurang-kurangnya tujuh nama pengundi pos yang berulang.
"Persoalan yang timbul apakah ini.hanya merupakan kesilapan yang tidak disengajakan di pihak SPR, atau ianya cubaan untuk mengeluarkan undi pos secara tidak sah atas tujuan tertentu?" soalnya dalam sidang media di Pusat Media PAS.

Jelasnya, SPR sentiasa mendabik dada bahawa daftar pemilih yang digunakan untuk pilihan raya di Malaysia adalah sempurna dan bebas dari sebarang manipulasi. Namun, insiden yang berlaku ini termasuk beberapa pendedahan yang dibuat sebelum ini, katanya ianya jelas menunjukkan terdapat kelemahan di dalam daftar pemilih yang dikendalikan SPR. PAS Pahang akan membuat laporan polis berhubung perkara ini dan mendesak supaya siasatan dijalankan di samping SPR mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan daftar pemilih yang masih diragui.

"Kami percaya perkara begini bukan sahaja berlaku di Temerloh, tetapi juga berlaku di tempat-tempat lain di mana mungkin wakil-wakil parti tidak menghantar wakil untuk memantau proses pengeluaran undi pos,"katanya.(Hrkh)

1 comment:

Andi_Husin said...

Salam Tuan Penulis,

Mengikut jawapan SPR, semasa proses pengundian di jalankan, mereka hanya mengambil identiti pengundi melalui no kad pengenalan, bukan nama pengundi.

Oleh yang demikian, sekiranya ada 10 nama yang sama termasuk bin dan ayahnya, tidak diambil kira kerana ia ada ruang-ruang penipuan.

Hanya no kad pengenalan yang diperakui oleh SPR yang layak untuk mengundi pada sesuatu tempat pengundian.

Sila ambil perhatian supaya tiada lagi perkara-perkara berbangkit tentang SPR yang mana ia cuba diselewengkan disaat-saat akhir.

Terima Kasih..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails