Tuesday, April 02, 2013

Tawaran 10Minit Manifesto Di RTM, 1 Penghinaan.


 
KL: PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) sependapat dengan Pakatan Rakyat menolak tawaran kerajaan BN menawarkan slot selama 10 minit bagi menyiarkan manifesto PR dalam Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Pilihan raya Umum ke-13 ini.

“PAS WP merasakan tawaran kerajaan melalui RTM itu bukan menandakan suatu pengiktirafan kepada PR, bahkan ianya suatu penghinaan kepada rakyat dan amalan demokrasi di negara ini,” tegas Timbalan Pesuruhjayanya, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi dalam satu kenyataan, hari ini.

PAS WP merasakan tawaran kerajaan melalui RTM itu bukan menandakan suatu pengiktirafan kepada PR, bahkan ianya suatu penghinaan kepada rakyat dan amalan demokrasi di negara ini. Asas penolakan tawaran tersebut amat kukuh kerana slot tersebut hanya dibenarkan berlangsung selama 10 minit. Lebih malang lagi apabila slot tersebut disiarkan secara rakaman, bukannya siaran langsung.

Semua pihak sedia maklum bahawa siaran rakaman terdedah kepada pelbagai suntingan dan PR tidak sanggup berisiko dimanipulasi melalui rakaman tersebut. Sudahlah slotnya hanya 10 minit, ianya dibuat melalui rakaman.

Jika dibandingkan dengan rancangan berbentuk hiburan seperti tayangan filem, perlawanan bolasepak, rancangan realiti TV, konsert, anugerah-anugerah dan sebagainya, berapa lama masa rancangan ini diperuntukkan?

Mengapa pula program politik yang menentukan masa depan rakyat dan negara ini yang berlangsung 5 tahun sekali dan jauh lebih penting hanya diberi masa 10 minit sahaja. Bukankah ia suatu penghinaan? Jika  demikian caranya, wajarlah tahap kebebasan media di negara ini menjunam ke tangga 145 daripada 179 negara di seluruh dunia berbanding 126 pada tahun lalu.

Sebelum itu, weblog Ibnu Hasyim menyifatkan kerajaan Malaysia seperti orang gila, apabila memberi tawaran tidak menasabah sekadar 10 minit kepada semua parti politik membentangkan maifesto masing-masing bagi PRU 13 ini menerusi RTM. Sedangkan parti pemerintah boleh menggunakan sesuka hati RTM dan siaran radio-tv entah berapa juta minit dalam 5 tahun tiap pilihan raya. 

Menurut weblog itu lagi, "Begitulah tempangnya keadilan menurut dacing sasau UMNO/BN. Lebih gila dan tidak bermaruah lagi, apabila menterinya Rais Yatim menyifatkan PR sebagai 'angkuh' apabila menolak tawaran tersebut. (IH)

Sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails