Tank Husam menyerang..
Ini kerana, sebagai pegawai kerajaan, penduduk Putrajaya agak sensitif dengan ceramah yang dianjurkan bukan BN. Namun semangat untuk berubah telah merubah segala-galanya di Putrajaya. Malam tadi Husam berceramah di Padang Presint 9, Putrajaya. Turut memberikan ceramah malam tadi adalah bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib yang baru menyertai PAS.
Penduduk Putrajaya khusyuk mendengar ceramah Husam di kawasan kejiranan mereka
Husam Serang Bebaskan Putrajaya.
Sejak petang semalam lagi Husam sibuk dengan pelbagai aktiviti di Putrajaya.
Jam 5.30 petang, beliau turun minum petang di Monumen 2020 bersama penduduk Putjaya.
Jam 6.30 petang pula beliau berkempen di pasar malam dsambil menyapa pembeli dan peniaga di situ.
Jam 7.30 malam, beliau menunai solat Maghrib di surau Alhuda, Presint 9 bersama jamaah di situ.
Jam 8.30 malam pula beliau menunaikan solat Isyak di surau Abdul Rahman, Presint 9.
Pada malamnya, beliau memberikan ceramah umum di padang Presint 9 berdekatan Sekolah Rendah Agama An-Najjah bersama Dr Zaiyadi Awang Noh (bekas ketua pemuda Umno Kelantan) dan Tan Sri Muhammad Mohd Taib (Mantan Menteri Besar Selangor).
(IH)
Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.
No comments:
Post a Comment