KOTA BHARU:
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menjadikan agenda untuk
membina 'satu unit rumah untuk satu keluarga' sebagai agenda utama
pentadbirannya.
Ahmad Yaacob (gambar) dalam sidang media pertama selepas mesyuarat Exco pertamanya berkata, dua anak syarikat kerajaan negeri, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Permodalan Menteri Besar Kelantan (PMBK), akan dilantik sebagai peneraju utama.
Ahmad Yaacob (gambar) dalam sidang media pertama selepas mesyuarat Exco pertamanya berkata, dua anak syarikat kerajaan negeri, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Permodalan Menteri Besar Kelantan (PMBK), akan dilantik sebagai peneraju utama.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco, di sini semalam. Mesyuarat exco berkenaan adalah yang pertama selepas PRU 13 lalu melalui saf anggota exco kerajaan negeri yang baru.
Menurutnya lagi, buat peringkat awal ini kerajaan negeri memberi ruang kepada kedua-dua agen kerajaan negeri itu untuk mencari kawasan yang bersesuaian.
“Angka keseluruhan serta peringkat jajahannya akan diberikan secara rasmi oleh kedua agensi ini dan ianya juga akan diperakui oleh bahagian perumahan di bawah exco perumahan,”ujarnya.
Pada masa yang sama, beliau turut berkata kerajaan negeri akan membuka tender terbuka untuk projek mineral di negeri itu sama ada emas, besi dan sebagainya. Jelasnya, tander terbuka itu bertujuan untuk meningkatkan hasil yang lebih kepada kerajaan negeri.
“Pada masa yang sama kita juga akan kenal pasti kawasan tertentu, tidak semuanya untuk tander terbuka ini,”ujarnya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood, berkata sebanyak 2,000 unit rumah akan dibena. Menurutnya, ia akan diselesaikan oleh anak syarikat PKINK, iaitu Syarikat Binaraya.
Menurutnya, ianya sebagai sasaran memenuhi hasrat kerajaan negeri melalui menifesto Pakatan Rakyat pada PRU 13 lalu. “Sebanyak RM9 juta sebagai peruntukkan asas bakal disalurkan, manakala selebihnya akan dibiayai PKINK dan PMBK,”ujarnya. (Hrkh)
Anwar Jemput Amerika Pulihkan Demokrasi Malaysia Dengan Peperangan
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=wnYk2eGEWW8
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan menyerahkan bukti mengenai penipuan yang didakwanya berlaku dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.
Berucap dalam Himpunan 'Black 505' di Kuantan malam tadi, Anwar berkata Pakatan mahu kuasa besar itu menjawab mengenai kemenangan BN yang didakwanya turut disumbangkan oleh pengundi bukan warganegara Malaysia.
"Oh, katanya tadi Obama telefon kepada Datuk Seri Najib. Tak apa, tak ada masalah. Tapi saya nak beritahu kepada Presiden Obama... Amerika pun lancar perang di Iraq, untuk apa? Untuk demokrasi di Iraq.
"Saya nak beritahu kepada Amerika, kita akan beri bukti penipuan dan (kita) nak tengok kamu akan kata apa. Malaysia ini dimenangi oleh Umno pada pilihan raya baru-baru ini, bukan sahaja dengan undi rakyat Malaysia, tapi undi Banglasia," kata Anwar.
Bukan demi demokrasi akan tetapi demi nafsu untuk menjadi Perdana Menteri, Anwar akan lakukan apa saja dan sanggup menggadaikan nyawa rakyat demi kepentingan dirinya sendiri, Anwar memohon bantuan Amerika supaya apa yang berlaku di Iraq turut dilakukan oleh Amerika keatas negara kita Malaysia.
Jika "Amerika pun lancar perang di Iraq, untuk apa? Untuk demokrasi di Iraq", apakah Anwar juga sedang menunggu Amerika melancarkan perang keatas Malaysia ? Selagimana Anwar bebas meroyan selagi itulah negara tidak akan aman bahkan kemudaratan yang lebih besar mungkin akan berlaku...Anda Mampu Mengubahnya
3:04 PM, May 16, 2013
Untuk si banggang di atas ini, kamu nak ubah BN yang sedang berkuasa selama 56 tahun dengan apa?
ReplyDeletePakatan Rakyat tetap tewas di PRU13 kerana pengkhianatan SPR terhadap rakyat dengan manipulasi undi pos dan undi hantu (import warganegara asing) dan yang paling teruk kerana masih ada segelintir bangsa melayu yang terlalu banggang, otak kemetot dan berkepala khinzir seperti kamu (susah untuk menerima kebenaran di pihak yang benar).
IMAM ASY-SYAUKANI RAHIMAHULLAH (WAFAT:1250H) MEMBERI AMARAN DENGAN MENYATAKAN:
ReplyDeleteويؤدب من يثبط عنه" فالواجب دفعه عن هذا التثبيط فإن كف وإلا كان مستحقا لتغليظ العقوبة والحيلولة بينه وبين من صار يسعى لديه بالتثبيط بحبس أو غيره لأنه مرتكب لمحرم عظيم وساع في إثارة فتنة تراق بسببها الدماء وتهتك عندها الحرم وفي هذا التثبيط نزع ليده من طاعة الإمام
“Orang yang melakukan provokasi dan kekacauan (membakar emosi rakyat) untuk membenci pemerintah, mereka wajib diberi hukuman, maka yang diwajibkan adalah menghentikan perbuatannya (agar tidak timbul kekacauan). Jika mereka tidak juga berhenti dari melakukan kekacauan (provokasi tersebut), maka mereka berhak mendapat hukuman yang berat dan dipisahkan daripada orang-orang yang mereka provokasikan, sama ada dengan cara dipenjara atau selainnya.
Ini adalah kerana mereka telah melakukan suatu perkara yang sangat-sangat diharamkan dan dalam masa yang sama telah berusaha menebar fitnah yang berpotensi mengakibatkan pertumpahan darah serta mencemarkan kehormatan yang menodai harga diri. Provokasi seperti inilah yang menyebabkan seseorang keluar dari ketaatan terhadap pemerintah.”
(asy-Syaukani, as-Sailul Jarrar, 1/942 – Maktabah Syamilah)