▼
Wednesday, May 08, 2013
12 Adun Pakatan Pahang, Jadi Pembangkang Terkuat.
TEMERLOH: Pakatan Rakyat (PR) Pahang buat pertama kalinya bakal menjadi pembangkang yang kuat dan berkesan apabila berjaya menghantar 12 orang wakil ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Pahang, iaitu kurang dua kerusi untuk menafikan 2/3 BN.
Dua YB baru dari Pahang, Andansura dan Nasrudin
Daripada 12 kerusi tersebut tiga dari PAS, dua PKR dan tujuh DAP yang dimenangi dalam pilihan raya umum (PRU) 13 semalam.
PAS menambah satu kerusi (Dun) lagi iaitu Tanjong Lumpur di samping berjaya mengekalkan kerusi Kuala Semantan dan Beserah yang dimenangi pada PRU 2008 yang lalu.
Yang Dipertua PAS Kuantan Rosli Abdul Jabar, di Dun Tanjong Lumpur mendapat 9,090 undi mengalahkan lawannya Tengku Zulkifli Tengku Ahmad dengan majoriti 796 undi.
Di Kuala Semantan, penyandang Syed Hamid Syed Mohamad mengalahkan Mohd Anuar Mohd Yunus dengan kelebihan 2,685 undi. Syed Hamid mendapat 12,101 sementara Anuar 9,416 undi,
Aktivis anti Lynas Andansura Rabu di Beserah pula berjaya mendapat 15,346 undi mengalahkan Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota Hazmi Yusof dengan majoriti besar 3,987 undi.
PKR yang tidak menang kerusi Dun sebelum ini, menghantar wakilnya Lee Chean Chung dari Semambu yang mendapat 14, 753 undi dan Sim Chon Siang dari Teruntum yang memperolehi 12,385 undi. Majoriti masing-masing ialah 3,200 dan 4,437 undi.
DAP yang sebelum ini hanya menang di Triang dan Tras, kini menguasai Tanah Rata (Leong Ngah Ngah: 7,878 undi), Mentakab (Tengku Zulpuri Tengku Puji: 7,882), Bilut (Chow Yu Hui: 8,663), Ketari (Lee Chin Chen: 10,050), Sabai (D. Kamache: 4,439) dan Triang (Leong Yu Man: 10,076) dalam pengundian semalam.
Sementara itu Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah yang sebelum ini bertahan selama lima penggal di Triang berjaya di Tanah Rata mengalahkan calon BN dari MCA iaitu penyandang Datuk Ho Yip Kap.
Leong mendapat 7,878 manakala Ho mendapat 4,734 undi. Setiausaha DAP pula terus unggul di Tras.
DAP yang bertanding tujuh kerusi semuanya, mencipta rekod dengan memenangi semua kerusi ditandingi.
Bagi kerusi parlimen pula PR Pahang berjaya menambah dua kerusi lagi iaitu Parlimen Temerloh dan Raub. Sebelum ini PKR hanya menguasai Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota.
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasrudin Hassan Tantawi berjaya mengalahkan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah yang juga penyandang, dengan kelebihan 1,070.
Nasrudin mendapat 28,267 berbanding Saifuddin 27,197 undi. (Hrkh)
No comments:
Post a Comment