▼
Tuesday, May 28, 2013
14 Akar 7 Militan Abu Sayyaf Maut Bertempu Di Sulu
MANILA - Sekurang-kurangnya 14 askar marin Filipina dan militan Abu Sayyaf maut dalam pertempuran susulan operasi menyelamat enam tebusan warga asing dan tempatan di selatan negara itu, kata seorang komander tentera semalam.
Komander tersebut, Kolonel Jose Cenabre berkata, operasi tentera yang disokong Amerika Syarikat itu turut bertujuan untuk menghalang Abu Sayyaf daripada melakukan lebih banyak penculikan di selatan Filipina. Beliau berkata, tujuh askar marin dan tujuh militan Abu Sayyaf terbunuh dalam pertempuran selama sejam itu kelmarin,
Pertempuran itu berlaku di sebuah kampung dekat bandar Patikul, dalam wilayah Sulu di Pulau Jolo. Menurutnya, enam lagi askar marin dan 10 militan Abu Sayyaf cedera dalam kejadian itu. Kata Cenabre, dibantu beberapa helikopter tempur, operasi ketenteraan itu dilancarkan bagi memburu sekumpulan militan Abu Sayyaf yang di melarikan diri.
Kumpulan tersebut diketuai komander Abu Sayyaf, Jul-Aswan Sawadjaan, dituduh menculik seorang wartawan Jordan dan dua peminat burung dari Eropah. Ketiga-tiga mangsa yang diculik pada tahun lalu dipercayai masih ditahan kumpulan tersebut. Tentera Filipina memulakan operasi pada minggu lalu untuk membebaskan mereka bersama tiga warga tempatan yang diculik secara berasingan beberapa minggu lalu. - AP
No comments:
Post a Comment