Oleh: sifuyus
Rumusan PRU13- Antara Penggunaan Lambang dan Dakwat Kekal
Kekecewaan
bagi suatu kekalahan adalah sesuatu yang amat perit untuk kita terima.
Di sebalik episod kelukaan dikatakan berpunca dengan mainan kotor sang
penguasa, kita juga perlu merenung sebab-sebab lain kekalahan
ini:Berdasarkan pemerhatian saya terdapat 2 perkara yang perlu diatasi
bagi membantu memantapkan lagi perjuangan Pakatan Rakyat ke Putrajaya
1. Penggunaan Satu Lambang-
Tanpa
kita sedari kegagalan kita untuk mendapatkan kelulusan dari pihak ROS
bagi penggunaan satu logo di dalam PRU yang lalu memberikan kesan yang
bukan sedikit. Umum menyedari bahawa Sang Penguasa sentiasa memainkan
isu perkauman dan agama sebagai modal untuk meraih undi. Dengan
membiarkan Pakatan Rakyat menggunakan lambang parti masing-masing telah
menyebabkan rakyat yang sentiasa dimomok-momokkan dengan isu-isu
tersebut oleh media-media seperti Utusan,
RTM dan TV3 mudah tersentuh
dengan isu-isu yang dimainkan. Maka para pengundi Melayu mula menyakini
bahawa DAP anti Melayu, orang Cina menyakini hudud akan dikenakan kepada
semua orang dan pemimpin PKR terdiri daripada golongan tidak bermoral.
Maka dengan melihat kepada lambang Roket dan Bulan, maka mudahlah ia
dimanipulasi hinggakan pada suatu ketika apabila DAP cuba diharamkan
pada minit-minit akhir sebelum penamaan calon,
Calon-calon DAP terpaksa
menggunakan lambang PAS dan PKR. Ini belum lagi kes pencalonan bertindih
yang antara lain menyumbang kepada hilangnya beberapa kerusi yang
seharusnya menjadi milik Pakatan Rakyat seperti di Dun Sg. Acheh dan
Parlimen Kota Damansara Hal ini mungkin dapat diselesaikan jika lambang
yang digunakan adalah sama. Hal ini tidak berlaku
pada BN, walaupun yang bertanding itu MCA yang diwakili oleh orang Cina
pernah menghina Islam dan hudud, orang UMNO yang diwakili oleh orang
Melayu yang pernah menghina kaum Cina dalam isu 13 Mei dan Anti Melayu,
Mereka dilindungi oleh lambang parti mereka iaitu Simbol Dacing. Keadaan
ini memudahkan mereka menjalankan perang saraf dan keadaan itu kita
boleh lihat apabila DAP menang besar di kawasan-kawasan yang
ditandinginya, bercemperalah seluruh alam menyatakan orang Cina sudah
tidak mengenang budi kerajaan.Walhal DAP hanya bertanding di
kawasan-kawasan majoriti Cina yang rata-rata menentang calon MCA dan
Gerakan.
Hal ini tidak pula menjadi buah mulut apabila tanpa masyarakat
sedari, calon-calon Melayu yang mewakili PAS dan PKR juga turut tewas
ditangan calon bukan Melayu di beberapa kawasan majoriti Melayu di
Johor,Begitu juga sekiranya ada ahli parti yang tidak bersetuju dengan
pemilihan calon untuk bertanding di satu-satu kawasan
pilihanraya,sebagaimana yang berlaku pada Naib Ketua Wanita UMNO, Puan
Kamalia di mana mereka tidak punya pilihan kecuali bertanding sebagai
calon bebas. Maka undi kepada BN tidak terpecah dua Maka hal ini perlu
diperjuangkan semula.
2. Isu penggunaan dakwat Kekal
Dari
maklumat-maklumat yang diperoleh, punca undi rosak di kebanyakan tempat
mengundi ialah berpunca dari dakwat itu sendiri. Ini berpunca apabila
dakwat yang melekat pada kertas undi tersebut. Pakatan rakyat perlu
memperjuangkan agar kaedah penggunaan dakwat kekal itu diubah iaitu
dicelup selepas pengundian dibuat. Ini dapat membantu mengelakkan
berlakunya undi rosak. Selain itu dari sumber maklumat dari
pengundi-pengundi di Saluran 1 juga dikatakan menggunakan dakwat dijari
tersebut sebagai alat untuk memangkah undi. Hal ini sangat dikesali dan
ia amat perlu diperbetulkan kembali serta dijelaskan oleh pihak Pakatan
Rakyat kepada pihak SPR untuk tujuan penambahbaikan. (TKO)
No comments:
Post a Comment