Wednesday, May 08, 2013

2 Perkara Perlu Atasi, Guna Lambang & Dakwat Kekal

 

Oleh: sifuyus

Rumusan PRU13- Antara Penggunaan Lambang dan Dakwat Kekal

Kekecewaan bagi suatu kekalahan adalah sesuatu yang amat perit untuk kita terima. Di sebalik episod kelukaan dikatakan berpunca dengan mainan kotor sang penguasa, kita juga perlu merenung sebab-sebab lain kekalahan ini:Berdasarkan pemerhatian saya terdapat 2 perkara yang perlu diatasi bagi membantu memantapkan lagi perjuangan Pakatan Rakyat ke Putrajaya  

1. Penggunaan Satu Lambang

Tanpa kita sedari kegagalan kita untuk mendapatkan kelulusan dari pihak ROS bagi penggunaan satu logo di dalam PRU yang lalu memberikan kesan yang bukan sedikit. Umum menyedari bahawa Sang Penguasa sentiasa memainkan isu perkauman dan agama sebagai modal untuk meraih undi. Dengan membiarkan Pakatan Rakyat menggunakan lambang parti masing-masing telah menyebabkan rakyat yang sentiasa dimomok-momokkan dengan isu-isu tersebut oleh media-media seperti Utusan, 

RTM dan TV3 mudah tersentuh dengan isu-isu yang dimainkan. Maka para pengundi Melayu mula menyakini bahawa DAP anti Melayu, orang Cina menyakini hudud akan dikenakan kepada semua orang dan pemimpin PKR terdiri daripada golongan tidak bermoral. Maka dengan melihat kepada lambang Roket dan Bulan, maka mudahlah ia dimanipulasi hinggakan pada suatu ketika apabila DAP cuba diharamkan pada minit-minit akhir sebelum penamaan calon, 

Calon-calon DAP terpaksa menggunakan lambang PAS dan PKR. Ini belum lagi kes pencalonan bertindih yang antara lain menyumbang kepada hilangnya beberapa kerusi yang seharusnya menjadi milik Pakatan Rakyat seperti di Dun Sg. Acheh dan Parlimen Kota Damansara Hal ini mungkin dapat diselesaikan jika lambang yang digunakan adalah sama. Hal ini tidak berlaku pada BN, walaupun yang bertanding itu MCA yang diwakili oleh orang Cina pernah menghina Islam dan hudud, orang UMNO yang diwakili oleh orang Melayu yang pernah menghina kaum Cina dalam isu 13 Mei dan Anti Melayu, 

Mereka dilindungi oleh lambang parti mereka iaitu Simbol Dacing. Keadaan ini memudahkan mereka menjalankan perang saraf dan keadaan itu kita boleh lihat apabila DAP menang besar di kawasan-kawasan yang ditandinginya, bercemperalah seluruh alam menyatakan orang Cina sudah tidak mengenang budi kerajaan.Walhal DAP hanya bertanding di kawasan-kawasan majoriti Cina yang rata-rata menentang calon MCA dan Gerakan.

Hal ini tidak pula menjadi buah mulut apabila tanpa masyarakat sedari, calon-calon Melayu yang mewakili PAS dan PKR juga turut tewas ditangan calon bukan Melayu di beberapa kawasan majoriti Melayu di Johor,Begitu juga sekiranya ada ahli parti yang tidak bersetuju dengan pemilihan calon untuk bertanding di satu-satu kawasan pilihanraya,sebagaimana yang berlaku pada Naib Ketua Wanita UMNO, Puan Kamalia di mana mereka tidak punya pilihan kecuali bertanding sebagai calon bebas. Maka undi kepada BN tidak terpecah dua Maka hal ini perlu diperjuangkan semula. 

2. Isu penggunaan dakwat Keka

Dari maklumat-maklumat yang diperoleh, punca undi rosak di kebanyakan tempat mengundi ialah berpunca dari dakwat itu sendiri. Ini berpunca apabila dakwat yang melekat pada kertas undi tersebut. Pakatan rakyat perlu memperjuangkan agar kaedah penggunaan dakwat kekal itu diubah iaitu dicelup selepas pengundian dibuat. Ini dapat membantu mengelakkan berlakunya undi rosak. Selain itu dari sumber maklumat dari pengundi-pengundi di Saluran 1 juga dikatakan menggunakan dakwat dijari tersebut sebagai alat untuk memangkah undi. Hal ini sangat dikesali dan ia amat perlu diperbetulkan kembali serta dijelaskan oleh pihak Pakatan Rakyat kepada pihak SPR untuk tujuan penambahbaikan. (TKO)

No comments:

Post a Comment