KOTA
KINABALU : Perkahwinan di antara orang Islam Sabah dengan rakyat asing
semakin meningkat semenjak tahun 2000, berjumlah hampir 20,000
perkahwinan sepanjang 13 tahun lalu, Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI)
berkenaan pendatang haram diberitahu kelmarin.
Menurut Baharuddin
Alwi, ketua pendaftar perkahwinan dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Sabah hari ini, terdapat 8,859 perkahwinan Islam diantara lelaki asing
dengan wanita tempatan di Sabah dari 2000 sehingga Oktober 2012,
termasuk 10,922 perkahwinan Islam diantara wanita Islam dan lelaki
tempatan pada masa sama, menjumlahkan 19,781 perkahwinan.
“Kebanyakan isteri asing adalah warga Indonesia dan Filipina,” kata Baharuddin kepada RCI kelmarin.
Beliau menambah, suami asing pula terdiri daripada rakyat Filipina, Afghanistan, Algeria dan Bangladesh.
“Peningkatan
angka dalam populasi disebabkan oleh rakyat asing berkahwin dengan
warga tempatan,” kata pegawai penggendali Datuk Azmi Ariffin menerangkan
relevan testimoni Baharuddin dengan terma dan syarat RCI mengenai kesan
pendatang di Sabah.
Sebanyak 28 peratus daripada 3.2 juta rakyat Sabah adalah warga asing, menjumlahkan sebanyak 889,000 orang.
Dr
Maria Suleiman, timbalan pengarah prinsipal (Epidemiology) di Jabatan
Kesihatan Sabah memberitahu semalam dari tahun 2000 sehingga 2011,
rakyat asing telah melahirkan 122,882 bayi di hospital kerajaan, purata
25 peratus daripada kelahiran keseluruhan pada 2011.
Baharuddin
mengatakan hari ini angka perkahwinan diantara orang Islam di negeri
Borneo itu meningkat dari 399 pada tahun 2000 ke 2,545 dalam sepuluh
bulan pertama pada 2012.
Beliau
menambah, terdapat perkahwinan Islam yang melibatkan gadis berumur 13
tahun dan 14 tahun akan tetapi tidak memberikan angka spesifik.
The
Star Online melaporkan hari ini Jabatan Peguam Negara akan meneruskan
pendakwaan kes rogol terhadap pengurus restoran, Riduan Masmud yang mana
kesnya digugurkan selepas mangsa berusia 13 tahun itu menarik balik
laporan polis di Sabah.
Baharuddin juga memberi keterangan hari ini warga asing perlu mempunyai dokumen sah sebelum mengahwini rakyat tempatan.
“Mereka mesti mempunyai pas lawatan sosial dan bukan pas bekerja,” katanya. (Sabahkini net)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, baik dari rakyat Islam di negara atau negeri lain hanya kahwin saja tampa nikah sah secara Islam.
4 comments:
Bukan sangka buruk tapi bukankah ini taktik untuk dapatkan IC
taktik dan alasan nak utk menghalalkan projek haram parti syaitan UMNO/BN.......mcm2 alasanlah dia org reka nanti...dah lepas PRU....masa sebelum tak der pun alasan bodoh nie pun....
Assalamu’alikum Warahmatullahi wabarkatuh
Beginilah Seharusnnya Akhlak seorang Muslim Kepada Saudaranya
“Seorang mukmin terhadap mukmin yang lainnya seperti bangunan yang saling mengokohkan satu dengan yang lain.” (HR. Bukhari – Muslim).
Rasulullah Saw berkali-kali mengingatkan umatnya tentang erti persaudaraan, Rasulullah Saw bersabda: “Perumpamaan mukmin dalam hal saling mencintai dan berkasih sayang adalah ibarat satu satu tubuh, apabila satu organnya merasa sakit, maka seluruh tubuhnya turut merasakan hal yang sama, sulit tidur dan merasakan demam.” (HR. Muslim).
Allah Swt berfirman: “Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan karunia-Nya kamu menjadi bersaudara…” (QS. Ali Imran: 103).
Ingat-ingat lagi sabda Rasulullah saw: “Tidak beriman seseorang dari kalian hingga dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri.” (HR. Bukhari-Muslim dari Anas ra).
Menarik untuk disimak dari riwayat ini. Dari ‘Itban bin Malik, ia berkata, “Pada sebuah kunjungan, beliau mengerjakan shalat di rumah kami. Seusai shalat beliau bertanya, “Dimana gerangan Malik bin ad-Dukhsyum?
Ada seorang yang menyahut, “Dia adalah seorang munafik, tidak mencintai Allah dan Rasulnya!” Rasulullah segera menegur seraya berkata: “ Jangan ucapkan demikian, bukankah kamu mengetahui dia telah mengucapka kalimat syahadat La ilaha illallah? Semata-mata mengharapkan pahala melihat ‘wajah’ Allah? Sesungguhnya Allah telah mengharamkan atas neraka setiap orang yang mengucapkan Laa ilaha illallah semata-mata mengharapkan pahala melihat ‘wajah’ Allah. Sesungguhnya Allah telah mengharamkan atas neraka setiap orang yang mengucapkan Laa ilaha illallah semata-mata mengharapkan pahala melihat ‘wajah’ Allah.(Muttafaq’ alaih)
Sesama saudara muslim bukanlah musuh atau orang asing. Namun Islam mengajarkan sesame muslim adalah saudara untuk berlomba-lomba dalam kebaikan (fastabiqul khairat). Bukankah Allah berfirman dalam Al Qur’an :“ Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (pangilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barangsiapa tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
“Barangsiapa menghilangkan kesusahan seorang muslim, niscaya Allah akan menghilangkan satu kesusahannya di hari Kiamat. Barangsiapa menutup aib seorang muslim, niscaya Allah akan menutup aibnya di Hari Kiamat. Allah selalu menolong seorang hamba selama dia menolong saudaranya.” (HR. Muslim).
Dari Ibnu Umar ra, Rasulullah Saw bersabda: “Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim lainnya, tidak boleh menganiayanya dan menyerahkannya (kepada musuh). Barangsiapa membantu kebutuhan saudaranya, Allah akan membantu kebutuhannya. Barangsiapa membebaskan kesukaran seorang muslim, Allah akan membebaskan darinya satu kesukaran dari antara kesukaran-kesukaran pada hari kiamat. Dan barangsiapa menutupi (cacat)nya akan ditutup aibnya kelak di hari kiamat.” (HR. Bukhari-Muslim).
Dari Abu Hurairah juga ia berkata, Rasulullah saw bersabda:”Janganlah saling hasud menghasud, saling benci membenci dan saling berpaling, serta janganlah seseorang diantara kamu menjual atas penjualan kawannya, tapi jadilah kamu sekalian bersaudara, hai hamba Allah. Seorang muslim itu saduara bagi muslim lainnya, tidak boleh menzaliminya, dan tidak boleh membiarkannya dalam keadaan terhina dan tidak boleh merendahkannya. Taqwa itu disini (sambil menunjuk kea rah dadanya sebanyak tiga kali). Cukup dinilai bertindak jahat, siapa yang merendahkan kawan muslimnya yang lain. Setiap muslim atas muslim lainnya adalah haram (terhormat) darahnya, hartanya dan kehormatannya.” (HR. Muslim).
Rasulullah Saw juga mengajarkan, “Jika seseorang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuannya, malaikat berkata, ‘Engkau juga mendapatkannya.” (HR. Muslim)
Jazakumullahu khairan katsiran.
Aisyah M.Yusuf
Pandangan kamu bernas. Aku setuju.
Post a Comment