Thursday, May 23, 2013

A. Hadi Awang Di Temuramah Secara Live Di Tv Turki

KEMASKINI
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam muncul secara live dalam sebuah program bual bicara di saluran TV5 stesen televisyen Turkey.

Wawancara selama 45 minit itu antara lain cuba mendapatkan pandangan Tuan Guru Abdul Hadi terhadap beberapa isu berkaitan negara Islam dunia termasuk isu ekonomi, sosial, kesatuan negara-negara Islam, dan hubungan dengan negara haram Israel.

Selain itu, beliau juga turut ditanya berhubung pengalaman politik PAS di Malaysia.

Wawancara tersebut dikendalikan moderator dalam bahawa turkey yang kemudiannya diterjemahkan dalam bahasa arab oleh seorang penterjemah sebelum dijawab oleh Presiden PAS.

Tuan Guru Abdul Hadi berada di Turki atas jemputan untuk menghadiri Kongres Kesatuan Negara-negara Islam Antarabangsa "A New World And Just Order" kali ke-22 yang berlangsung di Istanbul.

Turut serta pada rombongan itu setiausaha politiknya Dr Ahmad Samsuri Mokhtar serta wakil-wakil dewan termasuk wakil Dewan Ulamak Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib dan wakil Dewan Pemuda PAS Adram Musa.(Hrkh)


Komen:  TV1, TV2, dan lain-lain TV Malaysia sepatutnya memberi peluang yang sama kepada PAS untuk menjawab apa sahaja tuduhan yang dilemparkan kepada PAS.-

No comments:

Post a Comment