Saturday, May 18, 2013

American Idol: Hiburan Begini Yang Ditarbiahkan Di M'sia.


GLOVER (kiri) yang berdiri di sebelah Harrison terkejut apabila dia diumumkan sebagai pemenang oleh Seacrest (kanan) di Teater Nokia, Los Angeles kelmarin.- REUTERS

HALAMAN HIBURAN
LOS ANGELES - Penyanyi soul berusia 23 tahun, Candice Glover menjuarai pertandingan nyanyian American Idol musim ke-12 kelmarin dengan mengalahkan penyanyi irama country, Kree Harrison.

Glover menewaskan Harrison, 22, menerusi undi popular manakala pihak juri menyatakan ia merupakan pertandingan yang sengit. Dia menjadi pemenang selepas menyertai pertandingan tersebut buat kali ketiga. Glover sebelum ini pernah menyertai pertandingan itu sebanyak dua kali iaitu pada musim kesembilan dan ke-11 tetapi gagal melangkah ke pusingan akhir.

Penyanyi berasal dari Carolina Selatan, Amerika Syarikat itu kelihatan terkejut dan menitiskan air mata apabila pengacara Ryan Seacrest mengumumkan bahawa dia memenangi pertandingan itu.

"Tiga tahun," kata Glover selepas dia diumumkan sebagai pemenang pada pertandingan akhir yang berlangsung di Nokia Theatre, Los Angeles.

Kenyataannya itu merujuk kepada bilangan penyertaannya dalam pertandingan tersebut sebelum dia menjadi juara. Dia menyanyikan lagu Somewhere daripada filem muzikal West Side Story dan lagu jaz gubahannya, You've Changed pada pertandingan itu. Dia menutup pertandingan itu dengan menyanyi lagu single terbaharunya, I Am Beautiful.

Glover menjadi peserta wanita pertama dan yang bukan berkulit putih memenangi pertandingan itu sejak Jordin Sparks dinobatkan juara musim keenam pada tahun 2007. Selain itu, dia turut mendapat kontrak rakaman yang dapat membantu melonjakkan namanya dalam industri hiburan. 

Juri American Idol itu terdiri daripada Randy Jackson, Keith Urban, Mariah Carey dan Nicki Minaj. Penyanyi Jennifer Lopez, Psy dan Pitbull turut membuat persembahan dalam pertandingan itu. - Agens

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hiburan beginilah yang ditarbiahkan atau disumbatkan kepada remaja Malaysia oleh BN. Hiburan yang memisahkan Islam dengan penganutnya, sekali gus memisahkan orang Melayu Islam dengan parti Islam di Malaysia. Apakah ia termasuk dalam agenda musuh-musuh Islam menghapuskan Islam?

Tentu! Banyak bukti-buktinya.. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails